Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gunung Kinabalu Dibuka Semula...

KERAJAAN negeri Sabah berharap untuk membuka semula Gunung Kinabalu kepada para pendaki pada...

AS, Sekutu Jalin Kerjasama...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan bekerjasama dengan sekutunya untuk memindahkan kereta kebal buatan...

Pengguguran Kes LTTE Akan...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk menyemak...

Sarat Mengandung Tak Jadi...

Meskipun usia kandungan mencecah lapan bulan, ia tidak menghalang Che Nurul Amira Che...

Dua Kanak-Kanak Hilang Perahu Karam Di Song

SIBU – Dua kanak-kanak hilang apabila perahu yang mereka naiki bersama empat orang dewasa dan seorang kanak-kanak lain karam dekat Temalat, Song petang tadi.

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kakaknya berusia sembilan tahun itu hilang dan dikhuatiri lemas selepas perahu panjang yang dikemudi datuk mereka Augustine Gani, 62, karam dalam hujan lebat dan angin kencang pada lebih kurang 4.30 petang.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Song ASP Balie Jelian, mereka bersama tiga wanita dewasa, dan seorang lagi kanak-kanak sedang dalam perjalanan balik dari kebun ke rumah panjang mereka di Rumah Nyulang, Temalat.

“Polis menerima laporan pada 4.50 petang dan operasi mencari dan menyelamat kemudiannya diadakan,” katanya.

Penumpang lain dapat menyelamatkan diri masing-masing.


Pihaknya percaya perahu terbabit lebih muatan semasa kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 6 petang kerana cuaca gelap dan akan bersambung pada 7 pagi esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori