Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kotak Rokok Tanpa Jenama...

LONDON – Kerajaan Britain merancang untuk mengemukakan satu rang undang-undang bagi memaksa syarikat...

Pegawai Polis Nyaris Maut...

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis wanita nyaris maut apabila kereta yang dipandunya...

5 Maut Dalam Tembakan...

QUEBEC - Lima orang maut selepas sekumpulan lelaki melepaskan tembakan di Pusat Kebudayaan...

Pencuri Ditangkap Selepas Tertidur...

ENGLAND - Baru-baru ini, seorang pencuri  ditangkap polis kerana tertidur di sofa rumah...

Dua Maut Membabitkan Myvi Langgar Lori Di Gerik

GERIK – Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Lenggong-Gerik dekat Kampung Malau di sini awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai J. Keshvinder Singh dan U. Rajkaur Singh, 50-an, manakala isteri Keshvinder, Savin Kaur cedera parah.

Kejadian dikatakan berlaku ketika kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Keshvinder dari Kuala Kangsar ke Gerik tiba-tiba memasuki laluan bertentangan di lokasi nahas lalu bertembung dengan sebuah lori 10 tan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.37 pagi dan anggota yang tiba di lokasi mendapati Keshvinder dan Rajkaur tersepit dalam kereta itu.

“Sebuah kereta Honda City yang berada di belakang Myvi itu terbabas di bahu jalan ketika cuba mengelak kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Azizul Aswad berkata dua daripada empat penumpang Honda City itu termasuk seorang kanak-kanak berumur dua tahun cedera ringan manakala pemandunya dan penumpang lain selamat. Pemandu lori dan kelendannya juga terselamat.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat, manakala semua yang cedera juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori