KANGAR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini meluluskan Usul Pembangunan Negeri Negeri Perlis sebanyak RM46,370,640 juta setelah dibahaskan selama tiga hari oleh hampir kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
DUN Perlis turut meluluskan Enakmen Perbekalan 2017, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan)(Perlis)2016 dan Enakmen Mineral (Pindaan)2016 berjumlah RM161,761,240 juta.
Bajet berkenaan dipersetujui tanpa berbelah bahagi kerana diyakini mampu memacu pengurusan dan pembangunan Perlis ke arah Negeri Bandaraya 2030.
Matlamat kerajaan negeri adalah demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri bukan sekadar untuk masa kini tetapi untuk generasi akan datang, katanya selepas persidangan DUN itu ditangguhkan di sini, hari ini.
Sementara itu, katanya, kerajaan negeri telah memperuntukkan tanah seluas 40.406 hektar di kawasan pembangunan Lembah Chuping untuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL) membuka kampusnya di negeri itu.
Perlis kini mempunyai beberapa institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) and Kolej Universiti Perlis (KUIPs). – BERNAMA