PEMINAT hiburan tempatan pastinya sedia maklum mengenai krisis rumah tangga yang melanda penyanyi Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta yang hangat dipertontonkan menerusi media cetak mahu pun media elektronik.
Namun semalam, pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu meluahkan rasa syukur di laman Instagramnya (IG) apabila bekas suami, Azmi Hatta sudi melawat anak mereka, Puteri Sarah Sefhia yang kini berusia sembilan bulan.
Tapi hari ini lain pula jadinya apabila Elly memuat naik status di IG miliknya berbaur nada kekecewaan dan bengang dengan sikap bekas suami yang meyebarkan cerita dirinya pernah terkantoi berdua-duaan dengan seorang lelaki di sebuah hotel dan insiden berkenaan didakwa oleh Azmi sebagai punca perceraian mereka.
“Ni cubaan apakah? Ni lah cara untuk penutup kecurangan sendiri..lepas tu sebarkan cerita yang saya ditangkap oleh dia sewaktu saya dengan lelaki lain dalam hotel dan itu punca kami bercerai? Sejenis kurang ajar apakah ini, wahai Azmi Hatta?” luah Elly.
Malah Elly juga dengan tegas ‘merayu’ kepada bekas suaminya itu untuk tidak mengganggunya lagi dan berhenti menyakiti hatinya serta move on.
“Gurauan apakah ni wahai Azmi Hatta.. Bila kamu ni nak move on? Apa, kamu masih tak bahagia kah sampai masih ganggu kehidupan saya? Sengaja nak menyakitkan hati saya? Mohon sangat, boleh tak tolong nikah cepat? Mungkin lepas nikah hidup kamu akan lebih tenteram bersama kekasih tersayang.. Tolong lah move on.. Jangan ganggu saya lagi..saya bukan sejenis yang suka ugut-ugut nak saman tak abis-abis.. Tak ada perasaan malu ke kisah ‘BUSUK’ ni berpanjangan, wahai Azmi hatta? Berilah ruang untuk saya bahagia dengan Sefhia & Abah selepas apa yang kami bertiga harung.”
Selain itu, Elly juga meminta bekas suaminya itu mengemukakan bukti dan penjelasan ke atas dakwaan-dakwaan yang dilemparkan itu dan berhenti daripada terus berdrama.
“Sekarang ni saya tak mahu saman kamu..tapi saya nak kamu wahai Azmi Hatta, tolong beri penjelasan dan bukti yang kamu menangkap saya dengan lelaki lain di hotel,” ujarnya.
Status yang dikongsi itu telah meraih perhatian peminat Elly yang tidak putus-putus memberi kata semangat kepada selebriti pujaan mereka supaya sentiasa kuat dan tabah menghadapi dugaan yang melanda. – MYNEWSHUB.CC