Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Isu Beg Udara: Proton...

PRIHATIN... Proton Holdings Berhad hari ini memanggil balik semua kereta model Perdana generasi...

JR Senjata UMNO Paling...

JELI - Jalinan Rakyat (JR) antara senjata UMNO yang paling kuat dalam memperkasa...

Tertidur Lepas Penat Rogol...

SEORANG lelaki bukan sahaja tergamak bertindak keji merogol wanita kurang upaya (OKU) malah,...

DAP Pertaruh Dua Calon...

BENTONG - DAP menampilkan dua calon Melayu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan...

Elly Mazlein Luah Rasa Syukur Bekas Suami Lawat Anak

PENYANYI dan pelakon, Elly Mazlein meluahkan rasa syukur apabila bekas suami, Azmi Hatta akhirnya meluangkan masa melawat anak mereka Putri Sarah Sefhia.

Luahan kesyukuran itu dizahirkan oleh Elly menerusi laman Instagramnya semalam apabila bekas suaminya itu melawat Sefhia di kediamannya yang terletak di Cyberjaya.

Ini merupakan lawatan pertama Azmi sejak penyanyi itu melahirkan cahaya mata mereka pada Mac lalu.

“Syukur, Sefhia tidak menangis walau pun terlalu lama tidak berjumpa dengan bapanya.  Semoga lawatan ini berterusan demi masa depan anak,” katanya.

Disamping itu, Elly menerusi status yang sama sempat menyelitkan peringatan kepada bekas suaminya supaya mengutamakan bayi mereka dan jangan terlalu asyik bercinta.

“Bercinta tidak salah, asalkan hak anak jangan disia-siakan. Jangan dihalang apabila bapa ingin berjumpa dengan anaknya dan jangan asyik bercinta sampai lupa darah daging sendiri,” tulisnya sinis.


Pasangan ini pernah mendirikan rumah tangga pada November 2014 namun berpisah pada Oktober 2015.

Kini sudah setahun Elly bergelar seorang ibu tunggal manakala bekas suaminya pula hangat bercinta dengan pelakon Faye Kusairi.

Semoga perubahan yang berlaku meredakan bahang konflik yang melanda pasangan ini dan diharapkan si kecil itu mendapat kasih sayang seorang bapa secukupnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori