Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Resepi Snek Churros Yang...

Makanan dari Sepanyol ini semakin hari semakin dikenali dan digemari rakyat Malaysia.Rata-rata kafe...

Lima Terbunuh Dalam Letupan...

ISLAMABAD : Letupan lombong arang batu di wilayah Balochistan barat daya Pakistan mengorbankan...

Mimi (ONE) Bakal Kahwini...

LAMA juga kita tidak mendengar khabar mengenai penyanyi kumpulan One Nation Emcees (ONE),...

Peng Soon-Liu Ying Bakal...

KUALA LUMPUR - Pengendali perkhidmatan telefon mudah alih, XOX Bhd. akan memberikan imbuhan...

Empat Kilang Di Cheruk Tok Kun Musnah Dalam Kebakaran

BUKIT MERTAJAM – Empat kilang termasuk sebuah pusat kitar semula musnah dalam kebakaran di kawasan Industri Kecil dan Sederhana Cheruk Tok Kun di sini, tengah malam tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azman Hussein berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah malam dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian didapati api sedang marak dan kebakaran dipercayai bermula dari bahagian barang-barang lusuh di sebuah pusat kitar semula.

“Api merebak dengan cepat ke bangunan kilang bersebelahan dan pihak bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengawal kebakaran itu dari terus merebak ke kilang lain,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan bangunan yang musnah dalam kebakaran itu ialah pusat kitar semula, kilang simpanan tayar kenderaan, kilang pemborong kasut, kilang proses bahan pengiklanan dan bengkel kimpalan.

Azman berkata bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.


Beliau berkata pihak bomba menjalankan operasi memadam kebakaran itu menggunakan buih dan air sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 3.34 petang tadi.

“Kami membuat ‘size-up’ dan seramai 19 pegawai dan anggota bomba bersama enam jentera terlibat dalam operasi mengawal serta memadam kebakaran itu,” katanya.

Azman berkata pihaknya turut dibantu lebih 50 anggota dari lapan Pasukan Bomba Sukarela dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori