Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

EU, Belgium Beri Jaminan...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Eropah (EU) dan Belgium hari ini memberi jaminan perjanjian...

Diana Dan Charles Ada...

Los Angeles - Sebuah majalah Amerika Syarikat membuat laporan mengejutkan apabila mendakwa Putera...

10 Ketua Penerangan Bersatu...

JOHOR BAHRU : Seramai 10 Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kawasan...

Rekod Daftar Pemilih Dikatakan...

SHAH ALAM - Pengguna media sosial hari ini meluahkan kerisauan susulan rekod daftar...

Enam Rumah Kongsi Dijilat Api Di Taman Sri Gombak

KUALA LUMPUR – Enam buah rumah kongsi bagi pekerja tapak pembinaan hangus dijilat api dalam kejadian di Kampung Sri Makmur, Taman Sri Gombak di sini lewat hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada pukul 6.53 petang.

“Saya segera mengerahkan seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Rawang dan Gombak ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dan tiba kira-kira 10 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Sani berkata api marak terlalu cepat sehingga menyebabkan kesemua rumah kongsi itu terbakar sepenuhnya namun api berjaya dikawal daripada terus merebak pada pukul 7.14 malam.


Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan punca kejadian sedang disiasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori