Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Stacy, Rakan Artis Anak...

SEBAGAI anak kelahiran negeri Sabah, pastinya mereka turut terkesan dengan kejadian gempa bumi...

2 Gempa Bumi Berskala...

KUALA LUMPUR - Dua gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Yungkang,...

Kisah Aneh Keluarga Anwar...

RIBUT politik yang melanda negara kita sejak tahun 1998 sehingga kini sebenarnya berpunca...

2,000 Hadiri Solat Jenazah...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 2,000 jemaah hari ini menunaikan solat jenazah Allahyarham Dr....

FAM Perlu Diterajui Individu Berpengalaman Luas

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu diterajui individu yang mempunyai pengetahuan luas mengenai bola sepak bagi mengembalikan kegemilangan sukan tanah air, kata legenda bola sepak negara.

Datuk Santokh Singh menegaskan ia penting bagi memastikan badan induk itu dapat menjalankan peranannya dengan lebih berkesan.

“Individu yang pernah bermain bersama negeri atau negara juga sepatutnya duduk dalam persatuan itu. Saya melihat bekas pemain negara perlu diberi peluang untuk berada dalam FAM,” katanya.

Santokh berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan lelongan amal anjuran Institut Akauntan Malaysia (MIA) di ibu pejabat MIA di sini.

Bekas pemain pertahanan negara era 70-an itu turut menegaskan sudah tiba masanya perubahan menyeluruh melibatkan pucuk pimpinan FAM dilakukan susulan kegagalan skuad Harimau Malaysia pada saingan Piala AFF Suzuki di Myanmar, bulan lepas.

“Piala AFF pun pasukan kita tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan, bukankah itu maksudnya kita perlu melakukan perubahan menyeluruh terhadap FAM,” katanya.


Sebelum ini, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan Tunku Mahkota Johor, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat disebut-sebut sebagai antara calon untuk jawatan Presiden FAM.

Pada majlis berkenaan, Santokh dan Presiden MIA Datuk Mohammad Faiz Azmi menyerahkan hasil lelongan sebiji bola berjumlah RM25,000 kepada wakil Tabung Amanah Kanser Urologi.

Bola itu yang ditandatangani Santokh bersama tiga lagi legenda bola sepak negara iaitu Datuk Soh Chin Aun, Datuk Hassan Sani dan Datuk James Wong berjaya dijual pada satu lelongan amal bulan lepas.

Tabung Amanah Kanser Urologi ditubuhkan Blue Cap Movement di bawah Universiti Malaya pada tahun lepas bagi membantu mengurangkan kos rawatan yang dihadapi pesakit kanser prostat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori