Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tangki Air Sekolah Jatuh,...

KUANTAN - Tiga kenderaan rosak apabila sebuah tangki air Sekolah Menengah Agama Chenor,...

Jatuh Bangun Semula, Jimmy...

Setelah melalui ranjau perkahwinan yang perit sehingga kes penceraiannya dicanang di media, pengacara...

Banjir Kilat Di Ibu...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di pusat bandar dilanda banjir kilat berikutan hujan...

Kes Hon Masjid Selesai,...

KES pergaduhan seorang lelaki dengan beberapa jemaah ketika solat Jumaat di sebuah surau...

Gadis Tak Boleh Makan, Minum Seumur Hidup

LONDON – Seorang remaja mungkin tidak boleh lagi menikmati makanan dan minuman untuk seumur hidupnya selepas disahkan menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan perutnya lumpuh.

Lily Tock, 16, tidak makan selama setahun sebelum doktor mengesahkan dia menghidap gastroparesis, satu keadaan yang menyebabkan perutnya tidak mampu menghadam dan menyerap zat makanan.

Keadaan itu menyebabkan Lily yang berasal dari Brough, East Yorkshire dekat sini terpaksa bergantung kepada tiub untuk menyalurkan lemak, minyak dan vitamin kepada tubuhnya.

Lily berkata, dia sering mengalami pening, muntah dan sakit perut yang teruk ketika berusia 14 tahun.

Doktor mengambil masa selama dua tahun sebelum dapat mengenal pasti keadaan yang jarang dijumpai itu.

“Sekiranya menjamah makanan saya akan berasa loya, muntah, sakit perut dan terbaring di katil selama beberapa hari.


“Makanan yang saya makan juga boleh tersumbat di usus dan keadaan itu boleh membawa maut,” katanya.

Menurutnya, dia kini menjalani beberapa rawatan dengan harapan dia boleh menikmati semula makanan dan minuman kegemarannya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori