Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Timbalan Menteri Rebah, Dewan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith yang juga...

Polis Tahan Pasangan Suami...

KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas 48 ketulan mampat...

Kor Ming Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan peletakan jawatannya...

Hargai Pengorbanan Tentera Jaga...

KUDAT – Pengorbanan anggota tentera menjaga keselamatan negara bagi memastikan ia sentiasa dalam...

Wanita ‘Pengebom Berani Mati’ Maut Dipukul

LAGOS – Seorang pengebom berani mati wanita maut dibelasah orang ramai selepas bahan letupan dibawanya gagal meletup di sebuah pasar di Maiduguri, Nigeria.

Dalam kejadian di pasar haiwan ternakan Kasuway Shanu itu, wanita terbabit dihantar ke lokasi berkenaan untuk melakukan serangan berani mati bersama rakan perempuannya.

Rakannya itu berjaya meletupkan bom dibawanya, tetapi wanita terbabit tidak sempat melaksanakan serangan serentak seperti dirancang berikutan alat letupannya gagal berfungsi.

Polis mengesahkan penyerang pertama mati ketika melancarkan serangan itu manakala wanita kedua maut dibelasah orang ramai yang berada di situ.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab untuk kejadian yang berlaku jam 8.40 pagi (waktu tempatan) itu, tetapi mereka dipercayai pengganas dari Boko Haram.


Minggu lalu, Presiden Muhammadu Buhari mendakwa tentera Nigeria berjaya menghapuskan pangkalan utama kumpulan itu di hutan Sambisa.

Boko Haram membunuh 15,000 orang dan menyebabkan lebih dua juta lagi hilang tempat tinggal dalam pemberontakan sejak tujuh tahun lalu untuk mewujudkan pemerintahan seperti Daish di timur laut Nigeria. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori