Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kapal Karam: Ratusan Penyelam...

JIANLI, China - Lebih 200 penyelam berusaha mencari lebih 400 penumpang yang masih...

KL2017: Masoc Lancar Program...

KUALA LUMPUR - Bagi memperkasakan kempen Inisiatif Hijau sempena penganjuran Sukan SEA ke-29...

PlayStation 4 Telah Terjual...

SONY PlayStation 4 merupakan konsol paling terkenal dan paling digemari buat penggemar pemain video. Dijual...

Pendaki Tertua Malaysia Sedia...

KUALA LUMPUR - Pendaki gunung tertua Malaysia James Lee Chong Meng, 69, kini...

Gagal Patuhi Aspek Keselamatan Punca Kerapnya Kemalangan

KUALA LUMPUR – Sikap kontraktor yang kurang mementingkan aspek keselamatan di tapak pembinaan merupakan punca utama kerapnya berlaku kemalangan di kawasan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Mohtar Musri berkata meskipun pemeriksaan dilakukan namun mereka gagal mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.

“Penguatkuasaan yang ada sudah mencukupi, cuma pelaksanaan daripada majikan (kontraktor) itu tidak efektif. Misalnya bila diperiksa, topi keselamatan tidak dipakai dan jaring keselamatan yang berkoyak tidak diganti.

“Selain itu ia juga membabitkan masalah reka bentuk, bahan yang tidak menepati spesifikasi dan pemasangan yang tidak sesuai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pada 25 Ogos lepas, seorang wanita maut selepas kereta yang sedang dipandunya tiba-tiba dihempap besi penyangkut kren yang terjatuh di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang di sini.

Kemudian pada 17 Oktober, seorang pegawai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(Bernama) nyaris maut apabila besi pembinaan kondominium bersebelahan Wisma Bernama menghempap keretanya ketika hendak keluar dari Wisma Bernama.

Selepas itu, pada 5 November pula, sepasang suami isteri maut apabila kereta dinaiki mereka dihempap sebuah mesin pencerucuk besi yang tumbang ketika melalui kawasan tapak pembinaan di Bandar Baru Bukit Raja, Klang, Selangor.

Terbaharu pada Rabu, sebuah jejambat pejalan kaki dalam pembinaan berhampiran Pangsapuri Abdullah Hukum di Jalan Bangsar di sini runtuh, menyebabkan seorang maut manakala lima lagi cedera.


Mohtar berkata kontraktor sepatutnya mengambil langkah lebih ketat dan tegas kerana mereka sudah mempunyai penyelia keselamatan dan jurutera yang melakukan pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat di tapak pembinaan.

“Di dalam negara terdapat 16,800 tapak pembinaan dan jumlah itu adalah tinggi jika dibandingkan dengan jumlah pegawai penguat kuasa yang terhad. Namun pemeriksaan sudah dilakukan dari semasa ke semasa.

“Justeru, setiap kontraktor yang mempunyai penyelia keselamatan seharusnya melakukan kerja-kerja pemeriksaan sama ada langkah keselamatan sudah mencukupi atau sebaliknya,” katanya.

Mohtar berkata dari segi penguatkuasaan, agensi lain yang turut terlibat selain DOSH ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Beliau menjelaskan peranan DOSH hanya memantau dari segi keselamatan mereka yang sedang bekerja sementara aspek reka bentuk dan bahan yang digunakan melibatkan CIDB manakala kelulusan adalah di pihak PBT.

Mohtar berkata sepanjang tahun lepas, kompaun sebanyak RM600,000 dikeluarkan atas lebih 20 pelbagai kesalahan, antaranya pekerja bekerja di tempat tinggi dan terbuka yang tiada hadangan, jentera berat tidak diselenggara serta pekerja tidak disediakan peralatan keselamatan yang mencukupi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori