Wednesday, November 20, 2024

Creating liberating content

Pembalakan, Perlombongan Haram Kini...

KOTA KINABALU - Kegiatan pembalakan dan perlombongan haram di seluruh negara kini menjadi...

Puding Roti Mudah Dan...

Bahan bahan:6 keping roti Gardenia 1/2 cawan kismis - opsyenal 4 biji telur - pukul 1...

Penerima BPN Tiada Akaun...

SHAH ALAM - Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang tidak mempunyai akaun bank...

Akta Hasutan Dikekalkan Untuk...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Akta Hasutan 1948 dikekalkan...

Gempa Aceh: Jokowi Arah Segerakan Pembinaan Semula

JAKARTA – Presiden Joko Widodo hari ini melawat mangsa gempa bumi di Aceh dan meninjau kawasan runtuhan bangunan akibat gempa yang melanda tiga buah kawasan di wilayah itu pada awal pagi Rabu lepas.

Beliau juga dilapor mempengerusikan mesyuarat khas dengan pihak berkuasa dan pasukan mencari dan menyelamat serta mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mempercepatkan proses pembinaan semula bangunan-bangunan awam yang runtuh.

“Keutamaan ialah membina semula (bangunan awam yang runtuh), yang penting evakuasi dan bantuan mangsa di hospital sudah ditangani dengan baik,” katanya seperti yang dipetik oleh portal berita detik.com

Presiden yang mesra dengan nama Jokowi itu dijadual melawat Pidie Jaya, kawasan paling serius dilanda gempa berkenaan.

Gempa bumi berukuran 6.5 Skala Richter itu mengakibatkan runtuhan bangunan di Pidie Jaya, Pidie dan Bireuen yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Banda Aceh.

Setakat ini sebanyak 102 orang disahkan maut manakala lebih 1,000 orang lagi cedera dan lebih 10,000 kehilangan tempat tinggal.


Operasi mencari dan menyelamat yang disertai lebih 1,000 anggota pasukan keselamatan masih diteruskan dan jumlah mangsa dipercayai bertambah ekoran masih terdapat beberapa buah kawasan penduduknya belum dipindahkan kerana masalah teknikal dan masalah laluan jentera berat untuk memasuki kawasan berkenaan.

Masih ramai penduduk yang selamat juga dilaporkan trauma dan enggan pulang ke rumah masing-masing.

Banda Aceh pernah dilanda gempa berukuran lebih 9 Skala Richter yang mengakibatkan berlakunya tsunami dan mengorbankan lebih 170,000 orang pada 26 Disember 2004. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori