Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hana Bengang Watie Tak...

KEMELUT antara dua sahabat, Hana Adnan dan Watie Sadali nampaknya masih belum mencapai...

Kerajaan Definisikan Perkataan, Perbuatan...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mendefinisikan perkataan atau perbuatan yang boleh dianggap sebagai menghina...

Ucapan ‘Terlajak Sweet’, Sharnaaz...

SEBELUM ini memang ada khabar angin menyatakan pelakon Sharnaaz Ahmad sedang menjalinkan hubungan...

FAM Rangka Pelan Tindakan...

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang merangka pelan tindakan bagi...

Genting Nafi Dakwaan Tali Kereta Kabel Putus

KUALA LUMPUR – Genting Malaysia Berhad menafikan dakwaan konon berlaku kejadian tali kereta kabel Sky Way Genting terputus di Genting Highlands dan mengorbankan banyak nyawa.

Naib Presiden Komunikasi dan Perhubungan Awamnya, Katherine Chew berkata, dakwaan tular palsu yang disebarkan orang ramai menerusi media sosial itu tidak pernah berlaku.

“Resorts World Genting mahu menyatakan bahawa berita yang tersebar itu adalah tidak benar.

“Resorts World Genting sentiasa memastikan standard tahap keselamatan yang tinggi daripada segi reka bentuk dan operasi,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam Sabtu.

Baca: Tiada Kejadian Kereta Kabel Sky Way Genting Putus – Polis

Semalam, Ketua Polis Daerah Bentong, Supritenden Mohamad Mansor Mohd. Nor menerusi satu laporan berita turut mengesahkan dakwaan yang disebarkan itu sebagai tidak benar.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Morni Mamat turut mengesahkan pihaknya tidak menerima laporan seperti yang ditularkan di laman Facebook itu.


“Gambar yang diviralkan itu adalah gambar yang lama dan bukan kejadian baharu,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengatakan konon terdapat kereta kabel yang terputus tali dan mengorbankan seramai 17 orang. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori