Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Sekolah Perlu Lipat Ganda...

TAWAU - Semua sekolah khususnya di luar bandar perlu melipatgandakan usaha untuk meningkatkan...

Istiadat Angkat Sumpah EXCO...

AYER KEROH - Sekurang-kurangnya sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang dijangka...

China Bina Ibu Kota...

BEIJING - Sebuah kawasan dekat ibu kota China mula menjadi perhatian ribuan orang...

Muhyiddin Terima Anugerah Mansur...

MELAKA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddinƃā€šĆ‚Ā  Yassin malam ini menerima Anugerah...

Hajat Mangsa Nahas Bas Berkahwin Tak Kesampaian

MUAR – Hajat V.Renugah untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan tidak kesampaian apabila maut dalam nahas bas ekspres di Kilometer 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, awal pagi tadi.

Abang mangsa, V.Sri Nivasan, 30, berkata dia bergegas ke Muar dari Klang, Selangor, bersama keluarganya setelah mendapat berita kematian adiknya kira-kira pukul 10 pagi tadi daripada rakan adiknya.

“Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendapat berita kematian adik bongsu saya daripada seorang kenalan yang juga merupakan kawan adik saya,” katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini hari ini.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan bilik mayat itu petang ini apabila beberapa keluarga mangsa hadir membuat pengecaman mayat.

Ibu mangsa, K.Sinawah yang ditemani suaminya K.Velauntam, tidak dapat menahan perasaan sedih ketika berada di perkarangan bilik mayat.

Sri Nivasan berkata adiknya yang berusia 25 tahun itu bakal melangsungkan perkahwinan di Klang pada Mac tahun depan.

“Dia yang bekerja di Singapura kerap menceritakan persediaan perkahwinannya kepada saya sebelum ini,” katanya.


Abang mangsa berkata mendiang seorang yang peramah dan suka bergurau dengan keluarga apabila balik bercuti ke rumah mereka di Taman Bayu Perdana, Klang.

Ketika mengetahui kejadian tersebut, ibunya sedang menyediakan makanan kegemaran mendiang iaitu kari vegetarian.

“Dengan hanya memberitahu adik terlibat dalam kemalangan tanpa memberitahu situasi sebenar, saya terus bergegas ke Muar dan tiba dalam pukul 1 tengah hari tadi,” katanya.

Sri Nivasan berkata dia hanya memberitahu ibunya bahawa adiknya telah meninggal dunia apabila tiba di perkarangan hospital itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori