Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Suami Setuju Cerai, Ezlynn...

SETELAH tiga tahun berhadapan dengan masalah rumahtangga, penantian penyanyi Ezlynn bakal berakhir apabila...

Markas Sindiket Warga China...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman merampas wang tunai berjumlah...

Pelajar Asing Di Malaysia...

PUTRAJAYA - Jumlah pelajar antarabangsa di Malaysia kini meningkat melebihi 100 peratus berbanding...

Ramai Komando Tentera Perancis...

PARIS – Ketika Perancis masih dalam keadaan ‘berjaga-jaga’ ekoran serangan berdarah ke atas...

Sejak Hamil Stacy Selalu Marah Tanpa Sebab – Akim

SEJAK hamil anak sulung, penyanyi terkenal Akim Ahmad memberitahu, isterinya, Stacy mengalami perubahan sikap apabila selalu marah tanpa sebab tertentu.

Menurut Akim; 25, Stacy adakalanya boleh menjadi emosi tanpa sebab sebaik sahaja bangun dari tidur hingga menyebabkan dia menjadi tempat Stacy melepaskan kemarahan.

Pun begitu, penyanyi lagu Mewangi ini memahami perubahan sikap isterinya itu selain menjadikannya individu yang lebih bersabar.

“Sebenarnya situasi ini membolehkan saya belajar untuk bersabar dan mengawal keadaan. Saya faham dia bersikap sedemikian kerana mengandung,” katanya dipetik Harian Metro.

Selain itu, Akim memberitahu, isterinya kini mula menggemari masakan Melayu selain sentiasa mengidam makanan tradisi Sabah.

“Sebelum ini, Stacy jarang makan hidangan Melayu dan selalunya dia akan menyediakan masakan kampung sendiri,” katanya.


Meskipun kandungan Stacy sudah mencecah tujuh bulan, pasangan ini masih belum mengetahui jantina anak mereka.

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Stacy

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori