Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kekal Akta Hasutan Bukan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Akta Hasutan 1948...

Yuran Pengajian Dan Asrama...

KANGAR - Yuran pengajian dan penginapan di semua 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam...

Raja Permaisuri Agong Melawat...

KUCHING - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat...

Jual Tanah Selepas Terpedaya...

MUDAH sungguh zaman teknologi kini apabila hanya menggunakan aplikasi media sosial untuk menipu...

Hantar 500 Bungkus Sampah Sebagai Balas Dendam

SEORANG lelaki berusia 40 tahun di Tokyo, Jepun bertindak membalas dendam kepada pembulinya dengan menghantar lebih daripada 500 bungkusan sampah kepada mereka.

Menurut laman BBC, suspek bernama Shigeta Miura yang bekerja sebagai pensyarah didakwa atas kesalahan menghantar bungkusan mengandungi daun teh busuk, sampah dan seluar dalam wanita sebanyak 70 kali sejak setahun lalu.

Hantar 500 Bungkus Sampah Sebagai Balas Dendam
Shigeta Miura

“Lebih 500 bungkusan sampah dihantar kepada empat individu yang pernah bersekolah di sekolah rendah dan kumpulan pengakap lelaki bersamanya,” lapor media Jepun.

Jelas Miura kepada pihak polis tempatan negara itu, bungkusan sampah berkenaan dihantar kepada individu-individu terbabit bertujuan untuk membalas dendam kerana pernah membulinya suatu ketika dahulu.

Malah difahamkan Miura telah menghantar bungkusan sampah berkenaan dalam bungkusan yang tidak ditampal setem, meletakkan nama individu-individu ‘dikehendakinya’ sebagai nama pengirim.


Dia kemudian meletakkan alamat secara rawak memandangkan bungkusan itu tidak mempunyai setem maka akan dihantar semula kepada pengirimnya.

Akibat tindakannya itu, Miura telah didakwa melanggar perintah ketenteraman awam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori