Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kerja Keras Tarik...

TANAH MERAH - Kerajaan sentiasa bekerja keras dalam usaha menarik pelaburan luar ke...

Guru Didakwa Cabul Murid...

MUAR: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima...

Ternakan Asia 2018 Dapat...

KUALA LUMPUR - Pameran Ternakan Asia 2018 selama tiga hari, mendapat sambutan positif...

Golongan Berpendidikan Tinggi Diminta...

KUALA NERUS - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor meminta masyarakat termasuk...

Hasrat Wanita Kejutkan Bakal Suami Tidak Kesampaian

HASRAT seorang wanita, Rosemere do Nascimento Silva, dari Sao Paulo, Brazil untuk mengejutkan bakal suaminya dengan menaiki helikopter menuju ke majlis perkahwinan mereka tidak kesampaian apabila helikopter tersebut terlibat dalam nahas hingga mengorbankannya.

Helikopter itu terhempas beberapa minit sebelum majlis perkahwinan yang dihadiri 300 tetamu itu bermula.

Nahas terbabit turut membunuh tiga yang lain iaitu abang Rosemere, Silvano Nascimento da Silva, juruterbang, Peterson Pinheiro serta jurugambar perkahwinannya, Nayla Cristina Neves yang sedang mengandung enam bulan.

Sementara bakal suaminya, Udirley Narques Damasceno, 34, dimaklumkan mengenai tragedi terbabit ketika dia sedang berdiri di atas altar. Udirley dilaporkan mengalami kejutan yang amat sangat susulan berita menyedihkan itu.

Menurut perancang perkahwinan itu, Carlos Eduardo Batista, dia terpaksa memaklumkan kepada paderi mengenai berita sedih itu.

“Udirley sangat terkejut dan tidak dapat berkata-kata, ketika dia sedang memahami apa yang berlaku. Dia sangat-sangat kecewa dan sedih,’’ katanya.


Helikopter Robinson R44 itu terhempas di dalam kawasan hutan, berhampiran padang bola iaitu tempat di mana ia sepatutnya mendarat.

Ia dipercayai merempuh pokok, ketika cuaca berkabus. Sebanyak lapan jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian, namun mereka gagal menyelamatkan mangsa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori