Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bicara Shahrir Gagal Isytihar...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Ab Samad yang...

Jangan Politikkan Penahanan 17...

TIMBALAN Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar meminta supaya penahanan 17 jemaah tabligh warga...

Pandamas 2 Impian 300...

KUALA LUMPUR - Seramai 300 penduduk setinggan komuniti India bagi program penempatan semula...

Wayne Rooney Bakal Sertai...

PEMAIN sensasi England, Wayne Rooney pada dasarnya dilaporkan bersetuju dengan perjanjian untuk menyertai...

Helikopter Mendarat Cemas Di SK Tanjung Agas, PD

PORT DICKSON – Sebuah helikopter persendirian melakukan pendaratan cemas di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Agas, Port Dickson kira-kira 3.05 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Zainuddin Ahmad berkata pendaratan cemas terpaksa dilakukan apabila cermin hadapan pesawat itu pecah dipercayai selepas melanggar seekor burung.

“Seramai enam orang berada di dalam pesawat itu termasuk juruterbang dan seorang wanita. Cermin yang pecah merupakan cermin hadapan di bahagian juruterbang dan kejadian itu mengakibatkan juruterbang cedera ringan manakala lima lagi penumpang pesawat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Saya dimaklumkan juruterbang telah dirawat di klinik berhampiran. Sehingga kini, helikopter berkenaan masih berada di perkarangan sekolah untuk siasatan lanjut Jabatan Penerbangan Awam dan syarikat (yang memiliki) pesawat itu,” katanya.

Beliau berkata helikopter ini dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.


Sementara itu, dalam tinjauan Bernama mendapati sehingga pukul 9 malam ini, helikopter terbabit masih berada di lokasi sementara menunggu Jabatan Penerbangan Awam menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Lokasi helikopter berkenaan turut dikawal pihak polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori