Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

MIC: Hampir Semua Bahagian...

JOHOR BAHARU - Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan yakin pemilihan semula parti itu...

Najib Dakwa Khalid Berbohong...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Menteri...

Apa Sebalik Provokasi Berterusan...

KETEGANGAN tercetus selepas exco kerajaan negeri Selangor, V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang...

Kedutaan Mohon Maaf Larang...

WASHINGTON (Amerika Syarikat) - Pihak edutaan besar AS telah memohon maaf kepada panglima Tentera Nasional...

Hello! Adakah Ini Komen KJ Menteri Belia & Sukan?

ADA deman gubra yang melanda Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Komennya mengenai isu kewangan persatuan bola sepak negeri, isinya sangat dangkal dan tidak membantu.

Ketika tiga persatuan bola sepak negeri sedang berdepan krisis gulung tikar – KJ memberi komen murah dan mudah: Kerajaan negeri tidak perlu terus menyalurkan bantuan kewangan kepada persatuan bola sepak negeri.

Alasan KJ mudah: Sudah masanya dana bola sepak diperoleh sepenuhnya daripada sumber penajaan.

KJ pernah menjadi Timbalan Presiden FAM. Zaman Pak Lah jadi PM. Jadi KJ sebenarnya reti dan celik mengenai isu kewangan persatuan bola sepak.

Malah sekarang pun, sebagai menteri pun dialah yang menjaga kepentingan sukan. Namun, berkait saja dengan bola sepak, KJ kerap bersikap negatif.

Hello KJ. Bola sepak sukan nombor satu di negara ini. Walaupun menang tiga pingat perak Sukan Olimpik dan tiga pingat emas Paralimpik 2016 – itu bukan tanda KPI anda sudah sempurna!

Kelantan dan Selangor di ambang gulung tikar. Belum pun reda isu dua gergasi bola sepak ini berhajat tutup kedai, Perlis pula menyusul dengan jalan keluar yang sama.

Isu Perlis pun sama: Tiada wang untuk meneruskan persaiangan dalam Liga M 2017.

Dan tetiba dengan selamba pula, menteri yang menjaga kepentingan sukan hanya mampu membantu dengan idea yang hanya memburukkan lagi keadaan.

Sekiranya kerajaan negeri menarik balik tajaan, tahukah KJ semua pasukan bola sepak negeri akan tutup kedai. Kecuali Johor yang memiliki sumber kewangan mewah di luar bantuan kerajaan negeri.

Namun tidak semua negeri mampu memindahkan sumber kewangan bola sepak dari wisma negeri ke istana sultan!

Isyaratnya jelas! Bola sepak tempatan juga akan tutup kedai sekiranya hanya Johor saja yang mampu beraksi sendirian.

KJ konon sedang melihat realiti yang realistik. Kalau persatuan negeri mahu terus beraksi, kenalah ada penaja. Betul! Itu jalan paling ideal.

Tetapi sebagai menteri yang berada dalam kerajaan, tahukah KJ perangai buruk syarikat korporat termasuk GLC.


Dalam 22 GLC utama, pernahkan KJ melihat KPI sumbangan mereka dalam sukan terutama di peringkat bola sepak negeri? Korporat kita kebanyakan bersikap oportunis kalau bercakap soal sukan.

Mereka hanya akan kalut mencari lime light apabila kejayaan sudah dicapai. Berebut para CEO dan Presiden menganjurkan segala macam majlis anugerah meraikan atlit atau skuad yang sudah berjaya.

Pemimpin korporat banyaknya kemaruk publisiti dan glamor sahaja.

KJ kena cerdik dan dinamik. Anda menteri sukan dan bukan kolumnis cap ayam yang boleh memberi komen sesuka hati. Jangan mabuk dan syok sendiri hanya kerana skuad bawah 14 tahun yang anda jaga menjadi juara.

Bola sepak arus perdana yang patut menjadi keutamaan dan tanggungjawab sebagai menteri.

Bukan menyibuk dengan kejayaan skuad level Bawah 14 tahun.

KPI menteri kena bertaraf arus perdana. Skuad Bawah 14 tahun biarlah Lim Teong Kim yang meraih lime lightnya.

KJ ada beberapa patah lagi perkataan talian hayat untuk anda terus memberi komen mengenai masa depan bola sepak negara.

Untuk sekarang ini, fokus peminat bola sepak ialah mengikuti isu krisis penajaan di peringkat negeri.

Hati-hati. Komen anda mungkin menjadikan anda kelihatan tidak cerdik. Atau lebih malang lagi tidak berguna! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori