Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Beku Aset Rohana...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan aset dan...

Jenama Tempatan Juga Bermutu...

KREATIF… Pertandingan Reka Cipta Iklan Komersial 2018 anjuran Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan...

6 PRN: UMNO Letak...

KUALA LUMPUR : UMNO akan meletakkan muka-muka baharu dan muda sebagai calon Pilihan...

BN Punya Peluang Rampas...

RAUB – Ali Ismail, 55, meluahkan rasa kecewa kerana pemimpin pembangkang yang dipilih...

Hospital Melaka Sasar 30,000 Unit Beg Darah Tahun Ini

ALOR GAJAH – Hospital Melaka menyasarkan untuk mengumpul sebanyak 30,000 unit beg darah menerusi kempen derma darah yang dianjurkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta di seluruh negeri sepanjang tahun ini.

Ketua Unit Tabung Darah hospital itu, Dr. Nor Amiza Mat Amin berkata sasaran itu boleh dicapai memandangkan sepanjang tahun lalu, pihaknya berjaya mengumpul lebih 28,000 unit beg darah menerusi pendekatan yang sama.

Katanya kesedaran menderma darah dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan secara berterusan bukan sahaja bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di hospital, bahkan dapat menyemai pelbagai nilai positif dalam diri golongan berkenaan.

“Menderma darah merupakan amalan mulia yang bukan sahaja boleh memupuk nilai murni dalam diri malah dalam masa sama turut membantu menyelamatkan nyawa orang lain,” katanya kepada pemberita pada program Karnival Derma Darah anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Infineon Technologies (M) Sdn. Bhd. dan Hospital Melaka di Durian Tunggal, di sini malam tadi.

Turut hadir Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin; Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib serta Presiden yang juga Pengarah Urusan Infineon Technologies, Lee Cheong Chee.

Pada program itu, kira-kira 800 unit beg darah disasarkan iaitu terdiri daripada pelajar UTeM, ibu bapa pelajar dan kakitangan UTeM yang menderma darah.

Sementara itu, Nor Amiza berkata persepsi negatif bahawa menderma darah boleh menimbulkan pelbagai kesan sampingan seperti kegemukan, rasa tidak selesa dan lemah anggota badan perlu dikikis sama sekali, kerana dengan menderma darah, proses penghasilan darah baharu dalam tubuh badan akan berlaku.


“Sehubungan itu, melalui inisiatif ini, kami berharap dapat menangkis stigma-stigma yang sering dikaitkan dengan pendermaan darah termasuk menderma darah boleh memudaratkan kesihatan penderma atau menyebabkan kesakitan,” katanya.

Menurut beliau aktiviti menderma darah turut menjadi pilihan kepada syarikat-syarikat korporat sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) mereka, sebagaimana yang dilakukan syarikat Infineon Technologies.

Sementara itu, Shahrin berkata program seumpama itu merupakan antara inisiatif bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma darah demi menyelamatkan nyawa orang lain.

“Justeru, melalui program usahasama berkenaan, kami berupaya menyumbang dengan memberi bantuan dalam memastikan bekalan darah untuk pesakit di Hospital Melaka mencukupi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori