Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Anggota Trafik Ditahan Rogol...

LANGKAWI - Seorang anggota polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi,...

Hal Dalam Kubur –...

SEBELUM ini, Mufti Perak ada menegur tindakan Azwan Ali yangƃā€šĆ‚Ā memaki hamun pengikutnya di...

Hujan Lebat Dijangka Berterusan...

Imej satelit dari Jabatan Meteorologi yang terkini menunjukkan cuaca hujan lebat dijangka akan...

Pasukan Hoki Wanita Negara...

KUALA LUMPUR - Pasukan Hoki Wanita negara meraih pingat emas acara hoki wanita...

Hotel Dituntut Kerjasama Serbu Pasangan Khalwat

PIHAK hotel diminta untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa agama ketika pemeriksaan dalam bilik hotel dilakukan untuk mengesan pasangan Islam yang disyaki berkhalwat.

Menurut Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Cheah Swee Hee, walaupun begitu, hotel tidak boleh mendedahkan maklumat peribadi tetamu termasuk nombor bilik.

Ini kerana hotel terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) bertujuan untuk melindungi maklumat tetamu.

Cuma, mereka perlu memahami tugas pihak berkuasa agama dengan tidak boleh menghalang pegawai agama daripada menjalankan tugas.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kematian seorang anggota polis selepas terjatuh dari kondominiumm ketika cuba melarikan diri dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.

Tindakan pegawai agama menyerbu disifatkan oleh sesetengah orang sebagai melanggar hak privasi individu.


Menurut Cheah, pegawai hotel akan mengiringi pegawai agama ke bilik mana yang mereka hendak serbu selain dikawal pengawal keselamatan.

“Pihak berkuasa agama kemudian akan mengetuk pintu dan minta untuk masuk dan biasanya tetamu akan patuh arahan itu. Hotel tidak dibenarkan membuka pintu bilik berkenaan untuk pihak berkuasa tetamu,” katanya dipetik Free Malaysia Today. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori