Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

CEO BMW Terjatuh Ketika...

KETUA Pegawai Eksekutif BMW, Harald Krueger kelihatan pitam lalu terjatuh ketika sedang memberikan ucapan sempena...

Dulu ‘Uncle’ Selalu Pukul-pukul...

Johor Bahru: Anak sulung kepada mangsa bunuh, Mira Sharmila Samsusah atau lebih dikenali...

Agong Titah Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Lelaki Arab Ini Dikritik...

GAMBAR seorang lelaki di Arab Saudi yang dianggap terlampau melindungi isterinya hingga menutup...

Hotel Singapura ‘Bajet’ Hias Krismas Pun Kitar Semula

SINGAPURA – Susulan kelembapan teruk ekonomi Singapura, banyak hotel mewah di republik itu terpaksa menggunakan perhiasan Krismas yang boleh dikitar semula demi mengurangkan bajet.

Antaranya penggunaan rumah ‘gingerbread‘ meskipun masih menjadi pilihan klasik bagi hiasan sempena perayaan utama penganut Kristian, namun, pihak hotel tempatan kali ini memberikan sentuhan berlainan yang lebih kreatif.

Ini termasuk dari segi idea dan bahan yang digunakan bahkan sesetengah hotel didapati juga memastikan material digunakan itu boleh dikitar semula atau dimakan selepas habis musim perayaan berkenaan pada minggu depan.

Contohnya, semua hiasan pada kek gergasi yang dipamerkan Hotel Four Seasons di Orchard Boulevard, seperti rusa kutub dan ikon wajib Santa Claus, dikatakan terpaksa diperbuat daripada gula bagi menjimatkan kos perhiasan.

Lapan pekerja mengambil masa empat minggu untuk menyiapkan kek itu menggunakan lebih 100 kilogram fondant dan hotel itu berkata, mereka mahu melakukan sesuatu yang akan membuat setiap tetamunya teruja.

Christmas Displays

Bagi mengurangkan penggunaan gula yang lazimnya terlalu banyak untuk sesebuah kek, ‘styrofoam’ diletakkan di bahagian dalamnya malah bahan tersebut bakal digunakan semula sebagai asas kek pada hiasan masa depan.


Hotel mewah bertaraf lima bintang, St. Regis di Tanglin Road juga menggunakan pendekatan serupa. Bagi meraikan Krismas di kawasan tropika, ia melakukan beberapa perubahan pada kek rumah ‘gingerbread‘ yang dihasilkannya.

Kayu yang digunakan itu bahkan boleh dikitar semula untuk projek perhiasan lain pada masa akan datang tetapi kek tersebut tidak pula boleh dimakan, menurut laporan oleh stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.

Manakala sebuah lagi hotel eksklusif, The Fullerton turut melakukan pengubahsuaian pada material perhiasan bagi mengurangkan pembaziran termasuk membuat rumah gula-gula yang boleh dimakan oleh para pengunjung.

Hotel di Fullerton Road itu membuat inovasi struktur binaan yang diperbuat dengan menggunakan ‘styrofoam’ manakala asas rumah dan bumbungnya pula dihasilkan daripada tin-tin biskut lama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori