Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Mansuh JAKIM: PDSSMM Selar...

PERTUBUHAN Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (PDSSMM) menyelar kenyataan anak kepada bekas Timbalan...

Ribuan Anggota JPAM Siap...

PADANG BESAR - Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)  akan mnggerakkan 11,800 pegawai dan anggota...

Sisa Pepejal Ketika Ramadan...

KANGAR - Pembuangan sisa pepejal di Perlis meningkat 20 hingga 25 peratus atau...

SAH…JDT Sedang Berunding Dapatkan...

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda memulakan rundingan awal bagi...

HSR Mampu Beri Manfaat, Pacu Pembangunan Johor

JOHOR BAHRU – Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) mampu memberi manfaat kepada rakyat Johor selain menyumbang kepada pembangunan negeri, khususnya di kawasan sepanjang laluan pengangkutan berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga optimis projek berimpak besar itu dapat meningkatkan jaringan hubungan antara daerah-daerah Johor.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri sedang merangka perancangan bersesuaian bagi memantapkan lagi usaha-usaha pembangunan, termasuk menentukan skop tumpuan di kawasan terlibat.

Jelasnya, perancangan lebih mantap itu akan dibuat selepas mengetahui penetapan jajaran stesen-stesen di Johor bagi memaksimumkan manfaat projek HSR itu.

“Kita percaya pelaksanaan dan pembinaan projek HSR itu dapat memberi peluang serta manfaat kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Johor, khususnya di kawasan sepanjang perjalanan laluan kereta api tersebut,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembangunan Paragon Private and International School di sini, hari ini.

Pada 13 Dis lepas, Malaysia dan Singapura memuktamadkan perjanjian dua hala projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang akan mengurangkan masa perjalanan kepada hanya 90 minit.

Projek yang dijangka siap pada tahun 2026 itu, melibatkan laluan sejauh 350 kilometer dari Kuala Lumpur dan berakhir di Jurong East, Singapura. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • HSR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori