Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ternakan Air Tawar Bakal...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan meminta Jabatan Perikanan...

Selepas Shaheizy Sam, LHDN...

NAMPAKNYA Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) makin proaktif mengambil langkah untuk dedahn lebih...

Lisa Tolak Jadi Pengacara...

SEJAK sehari dua ini, bertiup kencang andaian tentang status kehamilan pelakon cantik yang juga...

Pengarah Filem Jamil Sulong...

DAMANSARA - Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, menghembuskan nafas terakhirnya sebentar...

Hujan Lebat Di Tawau Punca Banjir Kilat

TAWAU – Hujan lebat yang melanda sejak pukul 3 petang tadi menyebabkan beberapa jalan di kawasan pusat bandar di sini terjejas akibat banjir kilat.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau Faisal Ahmad, setakat ini pihaknya hanya menerima laporan kawasan Eastern Plaza telah dinaiki air serta terdapat pokok tumbang di Jalan Yamamoto dan Tanjung Batu.

“Pihak bomba sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.

Di samping itu, tinjauan Bernama mendapati kawasan yang turut dinaiki air termasuk Jalan Belia, kawasan Sabindo, Jalan Muhibbah serta Jalan Utara.

Ketika ini hujan mulai beransur reda di beberapa kawasan sekitar Tawau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori