Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

2,228 Maut Akibat Covid-19...

MOSCOW - Amerika Syarikat (AS) terus menyaksikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 paling...

Sesi Telesidang Bersama Sirul...

SESI telesidang media yang dikatakan akan diadakan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas...

Patung Di Istana Bogor...

JAKARTA — Kunjungan julung kali Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud...

Tips Genius Buat Lelaki...

PASTINYA apabila tiba sahaja musim perayaan, para suami tidak dapat lari daripada menemani...

Ikan Rakyat LKIM Kini Dikenali Sebagai Q’fish – KP LKIM

SERDANG – Program Ikan Rakyat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), yang menawarkan ikan segar beku berkualiti pada harga berpatutan, dijenamakan semula sebagai ‘Q’Fish’.

Ketua Pengarah LKIM M.Saedon Ab Majid berkata penukaran nama kepada Q’Fish adalah bagi menarik minat dan menyakinkan orang ramai bahawa ikan segar beku adalah berkualiti.

“Nama Q’Fish lebih ‘menarik’ dan komersial. Ia juga bagi memastikan bekalan ikan secara konsisten dan mencukupi melalui pengwujudan stok simpanan secara sejuk beku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara spesis ikan Q’Fish yang didefinisikan sebagai ikan segar sejuk beku ialah kembong, selar, pelaling, selayang, cencaru, tilapia dan keli, katanya.

Q’Fish dilancarkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong hari ini sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2016 (MAHA 2016) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.


MAHA 2016, yang merupakan ekspo pameran pertanian terbesar Malaysia, berlangsung di MAEPS, Serdang mulai 1 Dis hingga 11 Dis ini dengan tema ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’.

Dalam perkembangan lain, Saedon memaklumkan Pameran Makanan Laut Malaysia (MySE) 2016 yang turut dilancarkan Henry Sum pada MAHA 2016 itu telah menerima kunjungan 27,420 pelawat dengan nilai jualan berjumlah RM90,072.

Sebanyak 30 gerai dibuka melibatkan penyertaan syarikat tempatan dan antarabangsa termasuk Pavilion LKIM dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori