Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

MISC Catat Untung Bersih...

KUALA LUMPUR - MISC Bhd mencatatkan untung bersih lebih rendah iaitu sebanyak RM341.0...

Lagi Peserta Palestin Muncul...

BEIRUT - Kemenangan peserta dari Palestin, Yaqoub Shaheen dalam pertandingan nyanyian realiti Mahboub...

Anak Mami Kutuk Melayu...

TAK cukup dengan videonya memberi amaran kepada lelaki bujang supaya jangan berangan hendak...

Kumar Aaman Mogok Lapar...

SATU mogok lapar telah diadakan di perkarangan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)...

Ikhwan Tamatkan Zaman Bujang 7 Januari Ini

PENGACARA dan penyampai radio Kool FM, Ikhwan bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya, Nor Hidayu Shari pada 7 Januari depan.

Menurut  Ikhwan atau nama sebenarnya Mohd Khairul Ikhwan Rosli, dia berkenalan dengan ibu tunggal beranak satu itu sejak sembilan bulan lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Ikhwan berkata, majlis pernikahannya akan berlangsung sederhana dan sekadar menepati hukum syarak.

“Saya pilih untuk buat majlis akad nikah terlebih dahulu membabitkan ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat karib.

“Biarlah saya selesaikan apa yang perlu terlebih dahulu. Insya-Allah sekiranya ada rezeki, saya akan mengadakan majlis resepsi pula.

“Meskipun majlis saya nanti sederhana sahaja, saya mahu ia meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir,” katanya memetik Harian Metro. 


Difahamkan, Ayu juga merupakan kakitangan Media Prima Berhad.

Sebelum ini, Ikhwan pernah dua kali putus tunang pada 2007 dan 2014 menyebabkan dia memilih untuk tidak bertunang dengan Ayu sebaliknya terus mendirikan perkahwinan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori