Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Ini Sanggup Buang...

MUNGKIN kerana inginkan perhatian, seorang wanita kembali mencetuskan kontroversi apabila memuat naik posting...

PAS Hilang Kelayakan Bentuk...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) adalah sebuah angkatan baharu yang dijadikan...

Ahmad Zahid Minta Anggota...

BAGAN DATOH - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta...

Lawak..! Surat Cinta Untuk...

KISAH anak murid jatuh cinta dengan cikgu sewaktu di bangku sekolah adalah perkara...

India Wajib Lagu Kebangsaan Sebelum Pawagam Siar Filem

NEW DELHI – Mahkamah Agung India semalam memutuskan semua pawagam perlu memainkan lagu kebangsaan sebelum tayangan filem dan penonton harus berdiri untuk menghormatinya.

Panel Mahkamah Agung berkata, pawagam harus memaparkan bendera kebangsaan pada skrin ketika lagu itu dimainkan yang secara tidak langsung mendorong orang awam untuk berdiri dan memupuk semangat patriotisme.

“Lagu kebangsaan Jana Gana Mana perlu dimainkan dalam dewan pawagam sebelum filem ditayangkan dengan bendera rasmi India dipaparkan pada skrin,” kata peguam, Abhinav Shrivastavaswasta kepada media tempatan.

Stesen antarabangsa BBC melaporkan, seorang penduduk Bhopal, Shyam Narayan Chouksey, yang berusia 77 tahun; memfailkan petisyen di Mahkamah Agung baru-baru ini memohon agar pawagam diwajib memasang lagu tersebut.

Susulan arahan mahkamah, banyak pawagam sudah memainkan lagu berkenaan sebelum tayangan termasuk filem asing, tetapi setakat ini hanya undang-undang negeri Maharashtra di barat India yang langsung mewajibkannya.

Baca: Pakistan Boikot Bollywood Protes Serangan India

india-anthem2

Isu sama ada penonton perlu berdiri atau tidak sudah lama menjadi perdebatan. Keputusan pihak mahkamah mendapat kritikan luas, dengan sebilangan besar mendakwa ia adalah satu pelanggaran hak kebebasan awam.

Dianggarkan terdapat kira-kira 13,000 buah pawagam di seluruh India diuruskan rangkaian tempatan iaitu INOX, PVR, SPI Cinemas, Cinepolis dan Big Cinemas yang menayangkan keseluruhan hampir 2,000 judul filem setahun.


Amalan penyiaran lagu kebangsaan yang berdurasi 52 saat tersebut pernah dilakukan pawagam di India pada 1960-an dan 1970-an susulan perang dengan negara jirannya, China ketika itu sebelum diabaikan pada dekad kemudian.

Bagaimanapun ramai pihak mempertikaikan keputusan mahkamah berkenaan sebagai ‘kembali ke belakang’ hingga menyaksikan hashtag #NationalAnthem menjadi antara topik trending dalam kalangan netizen tempatan sendiri.

Pengkritik menyifatkan arahan itu ekoran ketegangan dengan Pakistan pada masa ini yang menyebabkan pawagam negara jirannya itu bertindak memulaukan tayangan semua filem Bollywood. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori