Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bayar Penuh Kos Haji...

PUTRAJAYA - Memilih untuk membayar penuh RM22,900 bagi kos menunaikan haji bukan jaminan...

Nicol Kekal Di Kedudukan...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy Malaysia dan juara dunia lapan kali, Datuk Nicol...

Video: Kecoh Bila Melania...

TAK sampai 24 jam selepas Melania Trump menepis tangan suaminya, Presiden Amerika Syarikat...

Pengusaha Berdepan Tindakan Jika...

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak diberi amaran supaya tidak menghentikan operasi lebih...

Insentif 2 Bulan Gaji Untuk Warga Kerja Espek

JEMPOL – Insentif dua bulan gaji akan diberikan kepada warga kerja Estet Pekebun Kecil Sdn. Bhd. (Espek) di seluruh negara bagi menghargai sumbangan mereka, demikian diumumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata selain itu, pekerja sambilan tempatan diberikan imbuhan sebanyak RM300 dan pekerja ladang warganegara asing akan turut diberikan imbuhan yang kadarnya akan ditentukan pihak Espek nanti.

“Kerajaan berikan insentif ini sebagai menghargai sumbangan para pekerja Espek yang selama ini telah mencurahkan jasa dan keringat mereka dalam mengeluarkan hasil minyak sawit.

“Selain itu, ia juga bertujuan menyuntik semangat warga kerja untuk meningkatkan pengeluaran hasil minyak sawit di masa akan datang,” katanya pada majlis Hari Gemilang Espek 2016 di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Espek, Senator Datuk Mohd Salim Sharif.

Ismail Sabri berkata insentif itu akan dibayar sebelum akhir Disember ini.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan keuntungan Akaun Ladang (RTBB) Espek Sdn. Bhd. sehingga November ini sebanyak RM120 juta.

“Walaupun harga sawit menurun sejak awal tahun, ekonomi dunia agak kurang memberangsangkan tetapi Espek masih mampu mencapai keuntungan melalui kilang dan ladang mereka. Saya yakin sehingga Disember ini dengan harga sawit yang tinggi, mereka akan raih lebih banyak keuntungan.

“Nilai keuntungan ini adalah melebihi sasaran yang saya berikan iatu RM90 juta tetapi mereka capai RM120 juta dengan peningkatan sebanyak RM45 juta,” katanya.


Ismail Sabri berkata sehubungan itu dalam usaha menambah kapasiti pengeluaran minyak sawit Espek, sebuah lagi kilang kelapa sawit berkapasiti 60 metrik tan dengan kos RM80 juta akan dibina.

“Saya difahamkan hasil pengeluaran banyak tetapi kapasiti kilang tidak cukup untuk jalankan kerja-kerja memproses, jadi kilang ini akan dibina di Ladang Risda Palong di tapak berkeluasan 40 ekar (16 hektar). Kita telah kenal pasti lokasi dan segala peruntukan telah ada cuma sekarang ini kita tunggu laporan kelulusan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar.

“Saya harap pembinaan akan mula awal tahun depan tetapi itu bergantung pada kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar nanti,” katanya.

Dengan pembinaan sebuah lagi kilang memproses kelapa sawit itu, menjadikan jumlah kilang memproses kelapa sawit Espek sebanyak empat buah. Tiga kilang memperoses itu ialah di Johor, Pahang dan Terengganu manakala jumlah ladang kelapa sawit adalah sebanyak 24.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut mengumumkan projek penyaluran bekalan air bersih ke kawasan perumahan pekerja Ladang Risda Palong, yang bernilai RM3 juta yang akan memanfaatkan sebanyak 100 buah rumah di kawasan tersebut.

Selain itu, tabung CSR Espek membabitkan dana RM10 juta turut dilancarkan bagi membolehkan Espek menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap kakitangan, pekerja mahupun masyarakat amnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori