Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Pelajar Maut Dirempuh...

MARAN - Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 1, maut selepas motosikal...

Kontrak SIC Anjur Formula...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, kontrak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk...

Peniaga Mengaku Salah Ugut...

GEORGE TOWN - Seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari...

Dadah: 2 Warga Iran...

PUTRAJAYA - Dua lelaki warga Iran yang sebelum ini dihukum gantung sampai mati...

IPD Johor Laksana Program Kesedaran Bendung Jenayah

JOHOR BAHRU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sentiasa peka terhadap segala bentuk maklumat, insiden semasa yang berkaitan keselamatan komuniti yang berlaku agar tindakan pencegahan dapat dilaksanakan demi kesejahteraan komuniti setempat di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata bagi memastikan kawasan itu selamat dikunjungi dan didiami, pihaknya akan menjalankan program pendidikan dan kesedaran secara berterusan dalam membendung serta menghalang kejadian jenayah daripada berlaku.

“Menerusi kaedah ini, pihak polis dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan peranan yang boleh dimainkan oleh mereka serta dalam usaha mengekang kes jenayah daripada terus berlaku.

“Keberkesanan program pencegahan jenayah ini dapat merealisasikan masyarakat untuk hidup dalam keadaan selamat dan tenteram serta mampu mengawal tahap ‘Fear of Crime’ masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, jenayah pecah rumah di Taman Sri Tebrau misalnya meningkat daripada tujuh kes bagi tempoh Januari sehingga Disember 2015 kepada 11 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.

“Meskipun terdapat peningkatan kes, keadaan jenayah di kawasan tersebut masih terkawal dan terdapat peningkatan dari segi kehadiran polis menerusi rondaan yang lebih efektif melalui pendekatan ‘Meet and Greet’,” katanya lagi.

Antara kawasan yang diberi tumpuan adalah Balai Polis Taman Pelangi, Taman Sri Tebrau, Taman Pelangi dan Taman Sentosa yang telah disenaraikan untuk program ‘Whitening Black Spot’.


Selain itu, ‘Omnipresence’ juga ditingkatkan di kawasan yang dikenal pasti selain rondaan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta Unit Rondaan Cegah Jenayah dari Balai Polis Taman Pelangi.

Menurut Sulaiman, satu daripada program pendidikan masyarakat yang dilaksanakan iaitu ‘Program Community Policing’ berjaya memberi impak positif dalam penurunan indeks jenayah dengan pengisian seperti ceramah, dialog, pameran dan aktiviti keagamaan.

Selain itu, lawatan ke sekolah turut diadakan dengan melantik pegawai perhubungan sekolah bagi menangani gejala sosial dan salah laku pelajar.

Beliau berharap agar usaha yang dijalankan secara sistematik, produktif dan berterusan akan dapat mendidik masyarakat terhadap kesedaran mencegah jenayah.

Sehubungan itu, pihaknya meminta agar orang ramai dapat bersama-sama berganding bahu dalam menyalurkan maklumat tepat sekiranya terdapat kejadian jenayah atau menyalahi undang-undang ke balai polis berhampiran atau berhubung terus ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan di Talian Hotline 07-2218999. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori