Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Masih Tiada Pertemuan Rasmi...

KUALA LUMPUR - Belum ada pertemuan rasmi di antara UMNO dan PAS walaupun...

MyCC Siasat Isu Kenaikan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam...

Pelabur Britain Tidak Percaya...

PADAH... Pada 24 September lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan angkuh mendakwa konon...

Malaysia Pencetak Al-Quran Kedua...

PUTRAJAYA - Kompleks percetakan Al-Quran kedua terbesar dunia Nasyrul Quran di sini yang...

Iran Sedia Anjur Program Promosi Budaya Malaysia

KUALA LUMPUR – Iran bersedia menjadi tuan rumah bagi acara mempromosikan kebudayaan Malaysia di Tehran sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Duta Iran ke Malaysia Marzieh Afkham berkata acara berkenaan yang turut dirancang untuk diadakan di bandar-bandar lain, akan memperkenalkan artis Malaysia dan pencinta budaya agar rakyat Iran dapat mengenali kebudayaan Malaysia.

“Adalah mungkin untuk rakyat Iran terus mengenali kebudayaan negara Malaysia serta pencapaian saintifik, pendidikan dan ekonominya,” katanya pada perasmian Hari Kebudayaan Iran di sini hari ini.

Acara itu diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bermula hari ini hingga Khamis. Turut hadir Ketua Pengarah PNM Nafisah Ahmad.

Mengenai sambutan hari kebudayaan itu, Marzieh berkata pameran dan program lain pada acara berkenaan merupakan usaha untuk rakyat Malaysia dan negara lain mengenali budaya, seni dan tamadun Iran.


Sementara itu, Nafisah berkata sehingga kini, terdapat 596 item mengenai subjek berkaitan Iran terdapat dalam koleksi PNM.

“Koleksi Iran itu terdapat dalam pelbagai format termasuk 414 buku, 136 prosiding dan indeks, 23 artikel jurnal, lapan rakaman video, enam peta, enam terbitan bersiri serta masing-masing satu muzik, fail komputer dan rakaman bunyi,” katanya.

Beliau berharap lebih banyak buku dan barangan berkaitan dengan Iran akan ditambah ke dalam koleksi perpustakaan itu menerusi pemberian hadiah dan program pertukaran. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Iran

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori