Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Thai Diramal Terima Hujan...

BANGKOK - Ribut tropika, Hato dijangka membawa lebih banyak hujan di bahagian atas...

Gambar Anjing Berpelukan ‘Rintih’...

MENYEDIHKAN..sebuah gambar anjing yang sedang berpelukan di sebuah pusat perlindungan menjadi viral selepas...

Kerajaan Kedah Nafi Mesej...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri hari ini menafikan mesej yang tersebar di media...

“Jenazah Mak Masih Elok...

JOHOR BAHRU - Meskipun telah dikebumikan 12 tahun lalu, jenazah seorang wanita ini...

Islam Perlu Bersatu Perkara Membabitkan Kepentingan Bersama

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia harus bertolak ansur dan bersatu dalam isu membabitkan kepentingan bersama demi perpaduan dan kekuatan ummah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata walaupun berbeza fahaman politik, namun penyatuan dalam soal melibatkan kepentingan ummah tidak mustahil terjadi seperti yang dilihat pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya baru-baru ini.

“Umat Islam di Malaysia harus mengambil iktibar krisis kemanusiaan yang melibatkan negara dan orang Islam di luar negara kerana kekuatan ummah penting demi keamanan sebuah negara,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1438 Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Yaakob Abdul Rahim menyampaikan sumbangan RM152,000 hasil kutipan derma masjid di Wilayah Persekutuan untuk Tabung Kemanusiaan Rohingya, kepada Asyraf Wajdi.


Asyraf Wajdi turut bersetuju dengan saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa umat Islam harus ketepikan keegoan politik dan perbezaan pendapat demi kepentingan bersama umat Islam di negara ini.

Majlis hari ini menyaksikan lima individu menerima Anugerah Khas bersempena Sambutan Maulidur Rasul berkenaan iaitu Mohamad Suhaimi Awang Musa, 50, yang menerima Anugerah Khas Bilal Masjid; Mohamad Raffi’e Jaafar, 46, Anugerah Khas Sukerelawan; Khirudin Drahman@Hussaini, 51, Anugerah Khas Bomba; Marzuki Ong Maliki Ong, 45, Anugerah Khas Orang Kelainan Upaya; dan Jamaliah Kario, 57, Anugerah Khas Jururawat Hospital. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori