Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pelajaran Komunis Dalam Buku...

KERAJAAN belum mengkaji sama ada mahu meletakkan sejarah perjuangan komunis di dalam buku...

TV3 Bertanggungjawab Kongsi Maklumat...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa stesen televisyen...

Lelaki Bakar 6 Kereta...

KUALA LUMPUR - Suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian kebakaran enam buah...

Lelaki Mahu Masuk Penjara...

MACAM-MACAM gelagat manusia. Ada yang mahu bebas, ada pula yang mahu masuk penjara....

Isu PTPTN Terus Dibangkit Perwakilan UMNO

KUALA LUMPUR – Isu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus dibangkitkan para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Pada hari terakhir perhimpunan itu, beberapa perwakilan yang membahaskan usul agama dan pendidikan mengingatkan para peminjam PTPTN supaya lebih bertanggungjawab untuk melunaskan pinjaman masing-masing.

Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Senator, Datuk Zali Mat Yassin berkata peminjam PTPTN perlu segera membuat pembayaran pinjaman kerana ia akan membantu pelajar lain mendapat pembiayaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Anggota perwakilan Negeri Sembilan, Syamsul Amri Ismail, yang lebih dikenali sebagai Syamsul Debat, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang prihatin dengan menyediakan kemudahan pendidikan untuk rakyat pelbagai peringkat usia.

Namun, katanya masih ada pihak yang mendakwa kerajaan BN ‘kejam’ khususnya dalam isu pembayaran balik PTPTN sedangkan agensi berkenaan menyediakan kemudahan membuat rundingan bayaran balik pinjaman.


“Yang keputusan peperiksaan baik, tak payah (perlu) bayar. Jadi poielah (pergi) belajar. Bising-bising buek apo? Selain itu, kito (kita) siapkan prasarana pendidikan, tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Tabika Perpaduan,” katanya.

Sehingga September tahun ini, hampir tiga juta pelajar menerima pinjaman berjumlah RM48 bilion daripada PTPTN. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori