Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Jenazah Pak Ngah Tiba...

JOHOR BAHRU - Jenazah pejuang lagu Irama Malaysia yang juga komposer terkenal tanah...

SPRM Cadang Pekeliling Baharu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan satu pekeliling baharu dikeluarkan kepada...

Bilangan Sebenar Ahli PAN...

KUALA LUMPUR - Kenyataan berbelit-belit dalam kalangan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dan...

Kerajaan Tekad Kurangkan Defisit...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad mengawal paras hutang negara...

Izzue Islam Kekal Forteen Walau Tampil Single Solo

SETELAH berjaya sebagai artis berkumpulan, penyanyi dan pelakon Izzue Islam kini mengembangkan bakat dengan mengeluarkan single solo ciptaan sendiri berjudul ‘Bimbang’.

Mstar melaporkan, Izzue kini sedang giat mengembangkan bakatnya dalam bidang penghasilan lagu dan mencuba nasib dengan menyanyikan lagu yang ditulisnya sendiri.

“Saya ingin cuba sesuatu yang baru dan bakat dalam bidang penciptaan lagu, alang-alang menulis saya menyanyikan sendiri lagu berkenaan,” katanya.

Jelasnya, pembabitannya sebagai penyanyi solo tidak menjejaskan penglibatannya dalam kumpulan yang memulakan kerjayanya iaitu Forteen.

“Tapi ia tidak bermakna saya sudah keluar dari Forteen atau kumpulan itu sudah berpisah,” katanya.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 26, berkata, dia hanya mencuba nasib dan penglibatannya dalam penghasilan lagu adalah projek istimewanya kepada peminat.


Izzue yang menggunakan nama komposernya IIAN mengakui menerima nasihat dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman.

Katanya, lagu bergenre alternatif pop rock itu sudah pun di gunakan sebagai lagu tema sebuah drama bersiri berjudul Tak Beli Tak Cinta yang disiarkan di TV3 pada Oktober lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori