Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penganjuran MotoGP Lebih Murah...

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih...

Pendakwaan Wartawan Australia ‘Dibatalkan’

PETALING JAYA - Berdasarkan perkembangan terkini, wartawan Australia Liston Besser dan Louie Eroglu...

Rasuah: ASP, Lans Koperal...

IPOH - Seorang pegawai dan seorang anggota polis masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat...

Skim Insurans B40: UMNO...

BONGKAR... Genap seminggu pasca Belanjawan 2019 dibentang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, namun...

Jangan Politikkan RUU 355 – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak tidak mempolitikkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata rakyat khususnya bukan beragama Islam tidak seharusnya bimbang kerana tidak akan tertakluk di bawah rang undang-undang berkenaan.

“Kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme,” katanya dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya kerajaan indukan UMNO telah membuat ketetapan bersejarah, dengan memberi laluan kepada RUU Persendirian yang dibawakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dibacakan di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas.

RUU itu bertujuan membolehkan pindaan dibuat ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk memperkasakan mahkamah berkenaan.

Najib berkata usul persendirian itu kemudiannya akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mahukan orang Melayu dan Islam bersatu serta melupakan sengketa dan perbezaan.

“Sesungguhnya, perpaduan ummah itu amat dekat di hati saya. Kalau kita boleh bersatu dalam pengertian sebenar perpaduan ummah, untuk kepentingan sejagat, mengapa tidak kita mulakannya sekarang di negara kita sendiri.


“Inilah kemuncak kepada kejayaan perjuangan yakni perpaduan ummah,” katanya.

Najib berkata cukuplah sejarah mengajar bahawa umat Melayu Islam dan ummah telah berkali-kali lumpuh dan runtuh hanya kerana permusuhan dan pembelotan.

Justeru, katanya janganlah umat Melayu dan Islam diperkudakan pihak tertentu, yang boleh menyebabkan orang Melayu dan umat Islam hanya ‘menang sorak kampung tergadai’.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa simpati yang mendalam dan mengutuk sekeras-kerasnya segala kezaliman, kekejaman dan penindasan yang berlaku ke atas etnik Rohingya di Myanmar.

“Berkait ini, kerajaan pimpinan UMNO akan membantu sedaya mungkin agar pihak-pihak yang terlibat menghentikan penganiayaan kemanusiaan ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori