Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Nepal: Angka Kematian Meningkat...

NEW DELHI - Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan angka kematian...

Dewan Rakyat Bertafakur Seminit...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian...

Bahana Mobile Legend, Isteri...

GARA-GARA terlalu obses dengan permainan Mobile Legend, seorang suami menerima pengajaran apabila si isteri...

30,409 Murid Tahun 1...

ALOR SETAR – Seramai 30,409 murid Tahun Satu di seluruh Kedah memulakan sesi...

Jarang Guna Bahasa Melayu Malapetaka Budaya – Zambry

PERAK – Tindakan orang Melayu termasuk pegawai kerajaan malah menteri yang jarang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya, merupakan malapetaka budaya yang amat serius.

Demikian menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata lebih malang terdapat kalangan orang Melayu yang menganggap mencampuradukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai satu status simbol alaf baharu.

Katanya dalam dunia serba moden dengan kecanggihan teknologi dan alam siber, masyarakat sering tersasar dan ada kalanya sukar membezakan antara bahasa yang asli atau tidak.

“Hasilnya kehidupan menjadi kompleks, kadang-kadang mekanikal dan robotik. Acapkali bahasa juga turut disemberonokan.

“Bahasa sudah dirojak dan ramai orang Melayu sudah tidak fasih dengan bahasa ibundanya sendiri,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Hadiah Karya Darul Ridzuan ke-5 bersekali Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (Pulara) ke-7 di Pulau Pangkor, malam semalam.

Pulara ke-7 berlangsung selama empat hari mulai semalam, dan disertai 120 peserta dari pelbagai negara termasuk Bangladesh, Turki, India, Thailand, Argentina, Indonesia, Mongolia dan Jepun.


Mengenai Hadiah Karya Darul Ridzuan, Dr. Zambry berkata kali terakhir ia diadakan adalah pada 2014 dan ketika itu dikenali sebagai Hadiah Sastera Darul Ridzuan.

“Kita merasakan perkataan karya lebih sedondon bagi mewakili semua genre dan kali ini buat kali pertama Anugerah Ilmuan Negeri diperkenalkan,” katanya.

Namun, penerima Anugerah Ilmuan Negeri Perak, akan hanya diumumkan pada majlis penutup Sabtu ini, yang dijangka disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori