Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditemui Lemas Ketika...

BEAUFORT - Seorang lelaki ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam anak sungai, ketika...

Janji Pada Rakyat, Mohon...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN)...

Zila Seeron Mohon Maaf,...

KISAH penangkapan khalwat bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron bersama...

Video: Dua Wanita Disamun,...

DUA wanita menghadapi saat mencemaskan apabila diserang seorang lelaki bersenjatakan parang di hadapan...

Jaringan Ajaib Faiz Subri Cecah 2 Juta Tontonan

KUALA LUMPUR – Video jaringan ajaib Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam pencalonan akhir Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 kini melebihi dua juta tontonan di laman YouTube.

Setakat pukul 11.45 pagi tadi, video tersebut yang pertama kali dimuat naik oleh FIFATV pada 21 Nov lepas terus mencuri tumpuan apabila ditonton 2,004,010 pelayar seluruh dunia.

Jumlah tontonan itu jauh meninggalkan dua pesaing utama yang bersaing untuk anugerah berkenaan iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Azevedo yang menjaringkan gol melalui aksi sepakan gunting ketika membantu pasukannya Corinthians mencatat kemenangan 6-0 ke atas Cobresal pada aksi Copa Libertadores, kekal di tempat kedua dengan jumlah tontonan sebanyak 1,277,976.

Video aksi solo memukau Rodriguez menggelecek tiga pemain ketika mewakili negaranya menentang Colombia pada Kejohanan Sudamericano Wanita Bawah 17 Tahun di tempat ketiga dengan jumlah tontonan 991,982.

Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum nama pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Jan depan.


Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun telah dimenangi beberapa bintang dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori