Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Agong Berkenan Lawat Zoo...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Mayat Warga Vietnam Lemas...

MIRI - Mayat warga Vietnam yang mati lemas di sungai Kemena, Bintulu ditemukan...

Adakah Ini Ahli Bomba...

ADAKAH ini ahli bomba wanita yang paling `hot’ di dunia? Melihat kepada wajah...

JPB 2018 Sasar Lebih...

TANJONG KARANG - Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) menyasarkan lebih 70,000 pelajar Melayu dan...

JDT & MU Tidak Boleh Banding – Amri Yahyah

MELAKA – “Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Melaka United (MU) masing-masing ada cara, strategi tersendiri. Kalau hendak bandingkan JDT dengan MU memang tidak boleh dibandingkan.”

Itulah kata penyerang kebangsaan Mohd. Amri Yahyah yang kini mengikat kontrak setahun bersama Juara Liga Perdana MU.

Kapten Harimau Malaysia itu berkata walaupun perlu berdepan dengan pengurusan dan strategi serta latihan berbeza, namun anak kelahiran Selangor itu yakin dapat menyesuaikan diri sekali gus membantu MU memantapkan pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Mohd Amri, 35, yang juga bekas penyerang JDT itu berkata dia akan mengikuti semua latihan yang akan dirangka ketua jurulatih MU, Eric Williams dan memberi sepenuh komitmen bersama pemain lain.

“Alhamdulillah saya telah mula berlatih bersama semua pemain yang lain. Saya lihat semua bagi komitmen untuk musim baharu ini dan Insya-Allah ada sesuatu (yang lebih baik) untuk MU pada tahun akan datang.

“Sekarang ini apa yang penting ialah saya berharap dapat diserapkan untuk bermain bersama MU selepas tamat sesi latihan ini. Banyak lagi yang perlu dilalui dalam tempoh latihan ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad Sang Kancil di Stadium Hang Tuah, di sini, malam tadi.

Sepanjang kariernya, Mohd Amri sudah menjulang pelbagai trofi kejuaraan termasuk Piala AFC, selain tiga kejuaraan Liga Super berturut-turut dan Piala FA bersama JDT.

Beliau yang sebelum ini digelar ‘kuda tua’ atas faktor usianya itu berkata beliau yakin akan dapat memberikan yang terbaik dan membantu MU mencatat beberapa kemenangan berdasarkan pengalaman kira-kira 18 tahun dalam industri bola sepak negara.

Ketika ditanya sasarannya sepanjang setahun bersama MU, beliau berkata adalah untuk menang setiap perlawanan yang disertainya dan mampu membuat kejutan pada musim baharu akan datang namun ia memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pemain yang lain.

“Saya berjanji akan memberi yang terbaik kepada MU dan bermain bersama gandingan yang akan ditentukan jurulatih untuk membantu MU meraih kemenangan dalam Liga Super musim hadapan,” katanya yang pernah menyarung jersi The Red Giants.


Sementara itu, Williams berkata beliau tidak suka menggunakan pendekatan memaksa ke atas setiap pemainnya sebaliknya memberi ruang kepada mereka menjalani dan menamatkan sesi latihan sebelum pihak pengurusan membuat pemilihan pemain.

“Masa masih panjang lagi dan kami mahu semua pemain dapat mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental mereka. Bagi sesi latihan ini, saya tidak suka memaksa kerana takut ada yang masih cedera,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Dalam pada itu, jurulatih dari Australia itu berkata MU memerlukan lebih ramai pemain yang berpengalaman bagi membantu pasukan itu beraksi cemerlang dalam Liga Super akan datang.

Beliau yang dipilih bagi menggantikan Mat Zan Mat Aris bagi meneraju MU pada musim hadapan itu berkata pemilihan Amri dan bekas pemain sayap Pahang Mohd Fauzi Roslan, 28, adalah bertepatan bagi mempersiapkan MU dengan barisan pemain berpengalaman bagi menghadapai Liga Super.

“Saya yakin pihak pengurusan masih lagi mencari pemain berbakat lain untuk menyertai MU kerana ‘jendela’ perpindahan belum tutup. Bagi saya tidak salah kerana sekiranya mereka yakin pemain berkenaan berkualiti dan ‘available’ (sedia) jadi kita boleh berbincang.

“Kami perlu lebih kompetatif untuk menstabilkan pasukan, kalau ada pemain yang baik dan berpengalaman, mungkin kami akan dapat bermain dengan lebih cemerlang dan skuad ini akan melangkah ke peringkat yang lebih baik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori