Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Timbalan Pengarah Kanan...

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali...

Mahathir Pertahan Tindakan Lantik...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan tindakannya melantik beberapa individu...

11 Pendatang Asing Ditahan...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Cabul Pesakit Lelaki: Doktor...

SEORANG doktor nyaris disebat selepas didapati bersalah kerana mencabul kehormatan rakan sekerjanya yang...

Jenazah Ibu Menteri Komunikasi Selamat Disemadi

KOTA BELUD – Jenazah Toh Puan Hajah Bandong Hasbollah, ibu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, selamat dikebumi di sini tengah hari ini.

Jenazah Allahyarham disemadikan kira-kira 12.30 tengah hari di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Siasai/Tombol.

Jenazah tiba di Masjid Jamek Kampung Siasai/Tombol pada pukul 11.28 pagi untuk disembahyangkan selepas dimandikan di kediaman Salleh di Kampung Likas, Kota Kinabalu, kira-kira 75 kilometer dari sini.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Sabah, Datuk Dr. Johnson Tee dan Pemangku Pengarah Penerangan Negeri, Yunus Saprin.

Allahyarham Bandong, 85, meninggal kira-kira pukul 6.55 pagi di Hospital KPJ di sini kerana sakit tua.

Menurut cucu Allahyarham, Syarulnizam Salleh, semasa neneknya menghembuskan nafas terakhir, semua anak, termasuk Salleh, dan cucu Allahyarham berada di sisi.


Salleh, yang sedang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara, bergegas kembali ke Kota Kinabalu semalam sebaik selesai majlis perasmian perhimpunan agung itu.

Bandong merupakan isteri Yang Dipertua Negeri Sabah ketujuh, Tun Mohd. Said Keruak yang meninggal dunia pada 1995.

Allahyarham meninggalkan lima anak dan 12 cucu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori