Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Johor Tidak Turunkan Had...

JOHOR BAHRU - Had umur perkahwinan di Johor tidak akan diturunkan sebaliknya akan...

Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran...

KUCHING - Para pelajar perlu menguasai teknologi terkini untuk menghadapi persaingan sengit yang...

Malindo Air Buka Tempahan...

KUALA LUMPUR - Malindo Air, syarikat penerbangan hibrid Malaysia mengumumkan semua tempahan tiket...

Isteri Bekas ADUN Melor...

PUTRAJAYA - Isteri bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor kekal bebas daripada...

Jenazah Mangsa Lemas Di Melbourne Selamat Dikebumi

JOHOR BAHRU – Jenazah Allahyarham Muhammad Farhan Na’imullah Zubir, 26, yang mati lemas di Melbourne, Australia selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff di sini malam ini.

Jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira 7.30 malam dengan diiringi kaum keluarga termasuk bapanya Zubir Ahmad, 53, dan tunangnya Nor Syahirah Abu Bakar, 23, sebelum selamat dikebumikan pada 7.50 malam.

Terdahulu jenazah Allahyarham disembahyangkan di rumah keluarganya di Jalan Bilal Mahmood, Kampung Bahru di sini.

Muhammad Farhan Na’imullah, anak kedua dari tujuh beradik dan bekerja sebagai pengutip buah di Farm Buffalo Orchard, Melbourne ditemukan mati lemas ketika mandi di Sungai Ovens berhampiran rumah sewanya pada 13 Dis lepas.

Mayatnya kemudian ditemukan pasukan penyelamat Australia kira-kira pukul 8 malam selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi pada pukul 2 petang.

Bekas pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah ini bekerja sementara di Farm Buffalo Orchard sejak Januari lepas dan sepatutnya pulang semula ke Malaysia awal tahun depan untuk melangsungkan perkahwinan selepas bertunang pada September lepas.


Sementara itu Nor Syahirah berkata menerusi komunikasi terakhir mereka, Allahyarham sempat memaafkan salah silapnya sebelum beliau pergi mandi ke sungai berkenaan.

“Allahyarham yang saya kenali menerusi Persatuan Silat Cekak Hanafi juga meminta saya sentiasa kuat, sabar dan beristighfar,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor dan berasal dari Alor Star, Kedah ini.

Ibu saudara Allahyarham, Zariah Ahmad, 46, berterima kasih kepada semua pihak termasuk Majlis Agama Islam Negeri Johor dan para penyumbang dana dalam membantu urusan penghantaran pulang jenazah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori