KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Tan Sri SM Salim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini selepas solat Jumaat esok, kata cucu saudara Allahyarham, Elyna Ali.
Beliau berkata jenazah sebelum itu akan disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru pada pukul 10.30 pagi esok.
SM Salim, 88, meninggal dunia pada pukul 5.45 petang tadi di kediamannya di Ukay Perdana di sini kerana sakit tua, selepas disahkan kritikal sejak awal pagi semalam.
Allahyarham atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros memulakan karier sebagai penyanyi pada tahun 1950-an dan merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik. – BERNAMA