Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tabung Haji Lepas RM2.6...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah...

Gagal Buka Cincin, Perompak...

Seorang wanita terpaksa merayu belas simpati kepada lima perompak agar memberikannya sedikit masa selepas mereka...

MOF Yakin 1MDB Menang...

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan amat yakin 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan memenangi kes...

Petani China Perah Susu...

BEIJING - Seorang petani di Gansu nampaknya cuba mengembalikan konsep menjual susu zaman...

Jenazah Syed Redzuan Selamat Tiba Di KLIA

KUALA LUMPUR – Jenazah Syed Redzuan Syed Salim Shatri, pendaki Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini.

Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said berkata jenazah Syed Redzuan, 50, tiba di KLIA pada 10.30 pagi tadi, setelah diterbangkan dari Tehran awal pagi tadi.

Beliau berkata jenazah Allahyarham Syed Redzuan akan terus dibawa ke Masjid Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras dan dijangka disolatkan pada 3 petang ini.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam BTHO di Cheras, sebaik disolatkan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Rozaimi berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pendaki iaitu Ramli Abd Majid, 44, yang masih hilang di pergunungan itu dihentikan sementara, ekoran cuaca buruk.


“Tetapi buat masa ini, cuaca buruk menghalang mereka (kumpulan SAR) dari meneruskan misi pencarian. Namun, mereka akan terus memantau keadaan cuaca dan misi akan disambung semula jika keadaan cuaca bertambah baik,” katanya.

Syed Redzuan dan Ramli dilaporkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 Nov lepas setelah mereka terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori