Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ringgit Tidak Berubah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US, dengan pelabur terus...

El-Nino Penyebab Cuaca Panas...

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mencadangkan satu jawatankuasa khas diwujudkan...

Dakwa SPR Tak Telus:...

BUTTERWORTH – PPBM Bahagian Tasek Gelugor hari ini membuat laporan polis berhubung proses...

Dua Pengarah Didakwa Subahat...

SHAH ALAM – Dua pengarah syarikat perunding pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Johor Kuat Kuasa Penggunaan Bahan Biodegradasi 2018

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor akan menguatkuasakan penggunaan bahan biodegradasi (boleh urai) pada Januari 2018 bagi menggantikan beg plastik dan bekas makanan diperbuat daripada polisterin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata buat masa ini, kerajaan negeri sedang melakukan kajian menerusi Rangka Tindakan dan Pelan Hala Tuju Biorosot dan Biokompos Johor yang dijangka siap Jun depan bagi mengelakkan melakukan penguatkuasaan secara drastik.

“Di bawah agenda Johor Lestari yang dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lepas, kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 bagi menjalankan kajian tersebut dengan Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) sebagai penerajunya,” katanya kepada pemberita di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu Jimmy Puah, semalam, yang mendakwa kerajaan Johor mungkir janji untuk mengharamkan penggunaan plastik dan polisterin, 1 Jan ini.

Ayub berkata selain kajian yang merangkumi kemungkinan berlakunya kesan kenaikan harga kepada pengguna, pelan terbabit turut menyarankan aspek kesedaran, pendidikan dan penerangan kepada para peniaga sebagai persediaan menggunakan bekas makanan berasaskan bahan boleh urai pada Januari 2018.

Beliau berkata walaupun kerajaan negeri akan memberikan pendidikan terhadap peniaga, namun, ada dalam kalangan mereka terutamanya di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang sudah mula menggunakan beg kertas atau bahan alternatif biodegradasi.

Katanya, mulai Jun depan juga semua pasar raya besar di negeri ini digalakkan menggunakan beg kertas atau bahan alternatif biodegradasi setiap hari bagi menggantikan beg plastik sebelum penggunaannya dikuatkuasakan pada Januari 2018.


“Memang terdapat pasar raya yang sudah berbuat demikian (menggunakan beg kertas atau bahan alternatif biodegradasi) contohnya pada hari Sabtu ketika ini, tetapi, kita mahu ia diperluaskan setiap hari mulai Jun depan,” katanya.

Menurut Ayub, kerajaan Johor amat komited dalam mengatasi penggunaan plastik dan polisterin yang mana penggunaannya menyumbang kepada pelbagai bentuk pencemaran alam sekitar dan perkara itu juga sudah dihuraikan pada persidangan DUN bulan lepas.

Katanya terdapat 1,800 tan sampah di Johor setiap hari dengan 360 tan daripadanya merupakan sampah plastik dan polisterin manakala kira-kira 80 peratus daripada 160 tan sampah yang dibersihkan di Sungai Skudai, di sini, melibatkan bahan polisterin.

“Kita tidak mahu lakukan penguatkuasaan secara drastik berbanding negeri lain. Selangor pun mengambil masa dua tahun sebelum kuatkuasakannya Januari ini.

Johor memang sudah cadang (penguatkuasaan) sejak tahun ini tetapi kita hendak laksana pada 2018 kerana kita juga mahu jaga kebajikan rakyat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori