Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Lebih 30 Ejen Penghantaran...

PELABUHAN KLANG - Lebih 30 ejen penghantaran (forwarding agent) bakal digantung lesen atas...

Kes Denggi Meningkat 150...

KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang 2022 mencatatkan peningkatan...

Cub Prix: Belum Masa...

MOHD Zaqhwan Zaidi enggan mengalah meskipun saingan kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM...

Industri Vape Jana Pendapatan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sepatutnya melihat industri vape sebagai aktiviti yang boleh menjana...

JPJ Terengganu Keluar 573 Notis Ops Jalan

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 573 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kepada pemandu atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari Ops Jalan bermula Sabtu lepas.

Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu yang masih melakukan kesalahan utama seperti menggunakan lorong kecemasan serta memandu secara berbahaya.

“Operasi sama ini akan diadakan lagi pada 30 Dis hingga 2 Jan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama pengamal media di sini, semalam.

Mengambil maklum akan kekerapan kes kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), beliau berkata JPJ akan terus mempertingkatkan rondaan di lebuh raya berkenaan.


Di samping itu katanya pemeriksaan terhadap pemandu bas di terminal bas di seluruh negeri turut diperhebatkan sepanjang masa bagi memastikan kemalangan jalan raya yang melibatkan pengangkutan awam tidak berlaku.

“Operasi kita bukan bermusim sebaliknya berterusan jadi orang ramai perlu sentiasa berhati-hati serta bertanggungjawab semasa pemanduan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori