Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Payudara Terdedah, Bintang TV...

KETIKA bintang TV popular Sepanyol, Yola Berrocal sedang dibual bicara dalam sebuah program,...

Remaja ‘Patah Kaki’ Maut...

MOSCOW — Seorang remaja lelaki Rusia di bandar Uchaly, Republik Bashkortostan maut setelah...

Nicol, Wee Wern Mara...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan pemain nombor dua...

RUU Tak Lulus Sebab...

UMNO berkata Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019, tidak lulus di Dewan...

JPN Diminta Bantu Persekolahan 5 Anak Pasangan Guru Maut

ALOR SETAR – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta Jabatan Pendidikan Negeri Kedah membantu persekolahan lima anak pasangan suami isteri yang maut akibat kemalangan di Pendang, malam tadi.

Pasangan tersebut, Mohd Padzil Rashid, 50, dan isterinya, Masmiwaza Mohd Noor, 42, masing-masing merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, dan SMK Tobiar (Pendang).

“Kita mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan sangat sedih perkara ini berlaku, bagaimanapun saya telah meminta JPN membantu anak-anak yatim ini agar tidak tercicir daripada persekolahan,” katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Terdahulu, Mahdzir diiringi Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Azuyah Hassan, meluangkan masa bertemu keluarga dan rakan-rakan mangsa di Unit Forensik, HSB.


Kejadian berlaku pukul 11.30 malam ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghala ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang, sebelum MPV dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah treler.

Kemalangan turut mengakibatkan lima anak pasangan terbabit parah iaitu Masyitah, 12; pasangan kembar Muhammad Asyraf dan Muhammad Akmal, 11; Munirah, 6, serta Maisarah, 14. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori