Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kes COVID-19 Meningkat: Polis...

KUALA LUMPUR - Bukit Aman mengarahkan semua kontinjen polis setiap negeri mempertingkat pemantauan...

JBPM Sasar 75% Pegawai,...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan 75 peratus pegawai...

Lelaki Bunuh Anjing Dalam...

Hong Kong - Polis semalam melancarkan siasatan berhubung kes penderaan haiwan selepas seorang...

Muzium Kapal Selam Di...

MELAKA - Muzium Kapal Selam di bawah kendalian Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menerima...

Juliana Evans Bakal Kahwin Tahun Depan?

PELAKON Juliana Evans atau Jue bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati berketurunan kerabat diraja Johor – Selangor pada tahun hadapan.

Desas-desus ini disebarkan oleh ruangan gosip Miss K melalui portal Astro Gempak.

Difahamkan gadis kacukan Melayu- Inggeris ini bersama pasangannya yang dikenali sebagai Tengku A kini sedang rancak melakukan persiapan perkahwinan.

“Miss K dapat tahu artis jelita berwajah kacukan itu sekarang ini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan kerabat diraja Selangor itu. Khabarnya, kain pasang sudah siap diedarkan. Baik di pihak perempuan mahupun kaum kerabat terdekat pihak lelaki,” lapornya.

Juliana Evans Bakal Kahwin Tahun Depan?

Tambah Miss K lagi, Jue atau nama penuhnya Juliana Sophie Evans akan terus melangsungkan perkahwinan tanpa sebarang majlis pertunangan.


Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai majlis pasangan ini tidak dapat dipastikan. Masih tiada tarikh tetap mahupun tempat di mana ia akan berlangsung.

Malah pelakon Hantu Bonceng ini pun belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan melalui laman sosial miliknya.

Apa-apa pun perancangan Jue dan bakal suami, kami doakan semoga ianya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Apatah lagi dalam usaha membina masjid. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori