Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anggota ‘Sharia4Belgium’ Dibicarakan

ANTWERP, Belgium - Kira-kira 46 orang, sebahagian besarnya masih bebas, dibicarakan di Belgium...

Wanita Sakit Jiwa Makan...

CHANGCHUN (China) - Seorang wanita yang menghidap sakit jiwa dilaporkan sudah pun menelan...

PAS Dedah Pakatan Harapan...

KUALA LUMPUR - "PAS tidak mahu mengambil risiko menyeret negara ke arah anarki...

Harga Perkhidmatan Pos Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd. terpaksa menyemak semula kadar bayaran pos sejajar...

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Hari Ini

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 42 orang tengah hari ini berbanding 26 orang pada pagi tadi, menurut portal rasmi kerajaan Kelantan.

Menurut portal http://ebanjir.kelantan.gov.my, setakat 11 pagi Sabtu, seramai 16 orang daripada lima keluarga dari Gunong dan Jelawat, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat dan Dewan SMK Beris Panchor, Bachok.

Selain itu, 26 mangsa melibatkan lima keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Pasir Puteh, sejak Jumaat.

Sementara itu, menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat 12 tengah hari ini, paras air di Sungai Golok semakin meningkat kepada 8.88 meter berbanding 8.75 meter pada pukul 8 pagi tadi (paras amaran 8 meter).

Bagaimanapun, Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah, pula menurun kepada 13.58 meter tengah hari ini berbanding 13.82 meter pada pukul 8 pagi tadi (paras berjaga-jaga 12 meter).


Di PASIR MAS, tinjauan Bernama di pekan Rantau Panjang mendapati peniaga mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpan barangan jualan mereka ke tempat yang lebih tinggi sebagai persiapan menghadapi banjir.

Lim Cheng Seng, 57, berkata dia mula memindahkan pelbagai barangan runcitnya ke rak yang lebih tinggi sejak mula membuka kedainya pada pukul 9 pagi selepas paras air Sungai Golok menunjukkan peningkatan.

“Saya berbuat demikian kerana kedai hanya terletak kira-kira 20 meter dari Sungai Golok. Saya risau jika banjir tiba-tiba berlaku sekaligus menyebabkan kerugian kerana tak sempat selamatkan barang runcit,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori