Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bibik Campur Najis Dalam...

SEORANG pembantu rumah di Singapura dipenjara selama enam minggu setelah bersalah akibat mencampurkan...

Anwar Enggan Ulas Isu...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibarahim enggan mengulas kenyataan Setiausaha...

Pasukan Keselamatan Dihantar Pantau...

KOTA KINABALU - Polis Diraja Malaysia telah menggerakkan anggota ke bahagian utara Sabah...

Pesakit Covid-19 Maut Terjun...

KOTA KINABALU - Seorang wanita yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 ditemui mati...

KAFA Putuskan Kekal Bersaing Dalam Liga-M Pada 6 Januari

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan memutuskan sama ada kekal atau menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia (Liga-M) pada 6 Jan depan, iaitu hari terakhir pendaftaran pemain dalam Liga-M.

Pemangku Presiden Kafa Datuk Seri Afandi Hamzah berkata buat masa ini pihaknya masih berusaha mencari penajaan untuk membolehkan Kelantan beraksi dalam saingan Liga-M musim depan.

“Kongres pada dasarnya bersetuju dengan hasrat Kafa untuk menarik diri daripada saingan Liga-M seandainya dana yang diperlukan gagal diperoleh namun mereka mahu anggota exco Kafa berusaha mendapatkan penajaan sehingga 6 Jan depan,” katanya kepada pemberita selepas Kongres Luar Biasa Kafa 2016 di sini hari ini.

Kongres itu diadakan ketika badan induk bola sepak negeri Kelantan itu sedang menghadapi masalah kewangan yang kritikal.

Kafa dilaporkan mahu menarik diri daripada Liga-M 2017 memandangkan persatuan itu hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil sedangkan mereka memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu.

Afandi berkata setakat ini terdapat berberapa pihak yang berhasrat untuk menjadi penaja kepada pasukan The Red Warriors (TRW), namun belum ada yang tampil mengadakan perbincangan bersama Kafa.


“Kami memerlukan RM3 juta pada peringkat awal bagi membolehkan pasukan Kelantan terus bersaing, jika tidak mempunyai jumlah dana yang diperlukan itu kami terpaksa menarik diri daripada saingan Liga-M.

“Dalam tempoh yang singkat ini, kami berharap penaja-penaja dapat tampil melakukan rundingan rasmi dengan Kafa,” katanya.

Sementara itu, Afandi berkata kongres tersebut juga bersetuju mencalonkan bekas Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tahun depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori