Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bicara Kes Saman Najib...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan lima hari bermula 5 Mac...

Kawasan Pencarian Lelaki Hilang...

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) lelaki berusia 69 tahun yang dikhuatiri hilang di...

Netizen Brunei Marah, Sultan...

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Demikian yang terjadi kepada seorang individu...

Imigresen Kedah Hantar Pulang...

ALOR SETAR - Sebanyak 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini...

Kakitangan Hospital Taiping Bersolidariti Untuk Rohingya

KUALA LUMPUR – Seramai 150 ahli Persatuan Islam Jabatan Perubatan, Kesihatan & Pergigian Taiping (Persis) mengambil inisiatif mengadakan bantahan ke atas kekejaman yang dialami etnik Rohingya di Hospital Taiping di sini baru-baru ini.

Mereka yang terdiri daripada kakitangan hospital itu mengadakan program Solidariti Untuk Rohingya di sebuah kawasan di hospital itu sambil mengangkat sepanduk mengutuk kekejaman itu.

Pengarah Hospital Taiping, Dr. Kamaruddin Alias turut mengambil kesempatan melancarkan Tabung Kemanusiaan ‘Solidariti Untuk Rohingya’ pada majlis yang berlangsung pada pukul 9 pagi tersebut.

Turut diadakan demo keamanan dan rakaman video ‘mannequine challenge’ yang memaparkan tentangan ke atas pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Myanmar

Kamaruddin antara lain melahirkan rasa simpati atas nasib buruk yang menimpa umat Islam Rohingya dan menyeru kepada semua untuk sama-sama menyumbang dan mendoakan kesejahteraan umat Islam di Myanmar. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori