Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PDRM Mohon Inkues Kes...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan inkues berhubung kes anggota...

Ringgit Lemah, Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pasaran pelancongan domestik semakin mendapat tarikan apabila lebih ramai rakyat...

Kes Curi Kabel Di...

MUAR - Kes kecurian kabel terutama di kawasan pencawang milik Tenaga Nasional Berhad...

Hanya 2 Mata Pisahkan...

JAKARTA - Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dan Leong Mun Yee masing-masing menamatkan...

‘Kalau Setakat Keluar Tunjuk Baju, Beg, Itu Bukan Saya’

JIKA diperhatikan ratu jazz negara, Dato Sheila Majid merupakan salah seorang di antara selebriti tempatan yang cukup menjaga eksklusivitinya.

Menurut Sheila, buat apa dia hendak keluar di dada akhbar sekiranya tiada sebarang berita terbaharu mengenai perkembangan seni untuk dikongsikan bersama peminatnya.

“Saya jarang keluar surat khabar. Sekiranya saya ada benda baru dalam bidang seni baru keluar. Kalau setakat hendak keluar tunjuk baju, cerita anak-anak, saya bukan seperti itu. Saya sangat menghargai kerja seni saya.

“Tapi kalau tiada benda hendak cakap pasal seni, tidak payahlah keluar (media). Untuk saya, buat apa hendak tunjuk beg tangan? Apabila orang tanya ‘kenapa kamu tidak suka publisiti?’, saya jawab bukan saya tidak suka publisiti, tiada apa hendak dikatakan. Tetapi kalau ada album, ada projek baru, kena dengan kerjaya saya, ya, saya keluar dalam surat khabar,” katanya dipetik Malay Mail Online.

Penyanyi ini juga berpendapat seseorang selebriti itu harus memastikan diri mereka mempunyai bakat dan kualiti yang baik sebelum melayakkan nama dan ceritanya ditulis di dada-dada akhbar dan bukanlah popular di atas tiket gosip dan kontroversi semata-mata. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori