Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tun M & KJ.....

Kebanyakan pihak sedia maklum mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Menteri Belia...

Dari Mana Datangnya Getah...

BERMULALAH kisah tentang daun ketum. Air rebusan daun ketum original rebus sendiri di rumah...

Lelaki Didenda RM1,700 Memandu...

IPOH - Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,700 atau penjara...

“Celah Mana Fitnah, Nama...

INDUSTRI hiburan minggu ini dikejutkan dengan pendedahan panas seorang wanita yang dikenali sebagai Noor Maszura...

“Kami Masih Rapat, Tiada Unsur Caras-Mencaras”

NAMPAKNYA penghujung tahun 2016 merupakan dugaan besar buat pengacara dan pelakon Neelofa kerana gosip-gosip panas tak putus-putus menghimpit dirinya.

Bermula dengan kisah keretakan hubungan cintanya dengan pelakon kacak Fattah Amin. Kini muncul pula khabar angin mengatakan dirinya dingin dengan pengusaha fesyen muslimah, Vie Shantie Khan berkaitan koleksi ‘mesra solat’.

Walau bagaimanapun, Neelofa menerusi BH Online menafikan khabar angin itu dan mendakwa tiada unsur-unsur caras-mencaras antara satu sama lain.

“Hubungan kami masih seperti biasa dan macam sedia kala. Baru-baru ini, kami berjumpa dalam sebuah jamuan makan dianjurkan jemaah haji yang turut serta dengan kami dulu.

“Kami memang tiada masalah. Malahan saat bermesej, saya sendiri gemar menyebut perkataan ‘I Miss You’ selain mengajaknya keluar berjumpa,” katanya ketika ditemui di sebuah majlis.

Difahamkan gosip itu tercetus gara-gara penghasilan koleksi ‘mesra solat’ yang dikeluarkan Neelofa didakwa diciplak daripada idea milik Vie yang juga merupakan pemilik jenama VHijrah.

"Kami Masih Rapat, Tiada Unsur Caras-Mencaras" - Neelofa

“Memang orang luar yang memberikan tafsiran negatif. Di Makkah lagi, kami sudah tahu mengenai perancangan mengeluarkan koleksi ‘mesra solat’.


“Ikutkan, sebelum mengerjakan haji lagi, kami berdua sudah merancang untuk melakukan hal sama, tetapi secara berasingan.

“Namun berikutan kesibukan masing-masing, hal itu tertunda. Malah, masing-masing juga sudah ada contoh rekaan,” ujar Neelofa.

Manakala Vie menerusi portal yang sama juga menafikan status hubungannya dengan Nelofa seperti yang digembar-gemburkan oleh media tempatan dan percaya pada rezeki perniagaan masing-masing.

“Dalam soal perniagaan ini, saya percaya rezeki itu ada dan terbuka luas. Saya juga mengalu-alukan rekaan muslimah seumpama ini daripada pereka fesyen atau pelabur lain. Rekaan ‘mesra solat’ ini saya percaya dapat memudahkan golongan wanita untuk beribadat,” kata Vie. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori